Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

285) MASALAH PERPARITAN DI KAMPUNG SUNGAI BUAH LUAR, DENGKIL

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakan pihak Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah maklum mengenai ketiadaan sistem perparitan yang sempurna di kawasan ini?

    Berdasarkan semakan dengan Ketua Kampung dan Penolong Jurutera Pajabat Daerah /Tanah Sepang, tiada aduan rasmi diterima. Walau bagaimanapun, pihak Pejabat Daerah/Tanah Sepang telah mengadakan lawatan turun padang ke Kampung Sungai Buah Luar serta tindakan pencegahan bagi mengatasi perkara ini turut dibincangkan.

  2. Bolehkan pihak Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan untuk menyelesaikan permasalahan ini memandangkan lot perumahan dikawasan tersebut telah banyak dibangunkan?

    Kajian menyeluruh perlu dilakukan bagi menilai keperluan kos/peruntukan yang terlibat kerana ia melibatkan keseluruhan kawasan kampung dan kawasan persekitaran perumahan di sekitarnya. Sehubungan itu, pelaksanaan perlu melibatkan agensi PBT,PDT, JKR dan JPS.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.