Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
282) HALA TUJU DASAR PERBANDARAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah matlamat dasar dan halatuju perbandaran di Negeri Selangor?
Dasar dan halatuju perbandaran negeri telah diterjemahkan di dalam penyediaan Rancangan Struktur Negeri (RSN) Selangor 2035 yang mana telah diselaraskan dengan Rancangan Fizikal Negara(RFN) dan Dasar Perbandaran
Negara (DPN) serta telah dipersetujui di Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN) yang dipengerusikan oleh Y.A.B Dato‟ Seri Perdana Menteri pada 21 Julai 2016. Kerajaan Negeri Selangor melalui PLANMalaysia@Selangor telahpun menyediakan RSN Selangor 2035 yang diwartakan pada 2 Februari 2017 melalui Warta Negeri No Warta :301 dengan membentuk matlamat pembangunan berdasarkan kepada peranan dan kepentingan Negeri Selangor, hala tuju pembangunan negeri, serta visi dan misi yang telah digubal oleh Kerajaan Negeri melalui matlamat pembangunan iaitu :
`MEMPERKASAKAN PEMBANGUNAN NEGERI SELANGOR SEBAGAI SEBUAH WILAYAH BANDAR YANG BERKEMBANG MAJU, MAMPAN
DAN MAKMUR (THRIVING, SUSTAINABLE AND PROSPEROUS CITY
REGION)’
Selaras dengan matlamat pembangunan tersebut, tiga teras strategi pembangunan dan halatuju telah dikenal pasti iaitu;
- Ke arah wilayah bandar berkembang maju;
- Ke arah wilayah bandar mampan; dan
- Ke arah wilayah bandar makmur.
-
Nyatakan strategi untuk mencapai matlamat tersebut.
Bagi mencapai matlamat yang telah digariskan tersebut, Kerajaan Negeri Selangor melalui PLANMalaysia@Selangor turut membentuk strategi pembangunan masa hadapan melalui Konsep Pembangunan Tertumpu Wilayah Bandar (City Region Development Oriented). Dimana konsep ini membolehkan bandar-bandar diberi pengkhususan fungsi-fungsi samada sebagai bandar kediaman, bandar industri, bandar perkhidmatan perniagaan atau sebagai bandar pentadbiran. Konsep ini sesuai digunapakai bagi menghadapi cabaran globalisasi dan perubahan teknologi dimana wilayah bandar berperanan sebagai nodus spatial untuk bersaing didalam pasaran ekonomi global. Teras pembangunan dan halatuju strategik bagi mencapai matlamat yang dinyatakan telah digariskan seperti berikut;
- Dalam Konteks Ke Arah Wilayah Bandar Berkembang Maju, Negeri Selangor selaku peneraju ekonomi Negara dengan menjadi penyumbang utama KDNK Negara serta menerima jumlah pelaburan yang tertinggi di Malaysia. Bagi mencapai matlamat Ke Arah Wilayah Bandar Berkembang Maju, enam (6) hala tuju strategik telah digariskan iaitu:
- Peningkatan daya saing Selangor sebagai pemacu ekonomi negara dan pelonjakan ekonomi ke arah negeri berpendapatan tinggi .
- Penumpuan pembangunan industri keberhasilan tinggi, industri berasaskan pengetahuan dan clean industry.
- Peningkatan peranan Selangor sebagai salah satu destinasi pelancongan utama negara berteraskan pelancongan semulajadi, sukan dan warisan.
- Pengukuhan peranan Selangor sebagai destinasi membeli belah, penganjuran event bertaraf dunia, persidangan dan hospitaliti utama negara.
- Penyediaan infrastruktur telekomunikasi dan bekalan utiliti yang mencukupi, boleh dipercayai dan efisien.
- Menjadikan Selangor sebagai hab pengangkutan pilihan di rantau asia.
2. Dalam Konteks Ke Arah Wilayah Bandar Mampan
RSNS 2035 juga telah mengariskan matlamat dasar pembangunan di Negeri Selangor bagi memastikan pembangunan fizikal Negeri Selangor secara teratur dengan mengambilkira keperluan mengimbangi pembangunan perbandaran disamping memelihara alam sekitar dan sumberjaya semulajadi. Bagi mencapai matlamat kearah wilayah bandar mampan, enam(6) halatuju strategik telah digariskan iaitu;
- Pendekatan pengurusan pertumbuhan perbandaran yang efektif.
- Pembangunan sektor pertanian ke arah mendokong dasar jaminan bekalan makanan negara.
- Pemuliharaan KSAS sumber semulajadi serta pemuliharaan sumber warisan.
- Peningkatan kualiti alam sekitar ke arah kehidupan yang lebih sihat.
- Peningkatan sistem saliran dan pengurusan sisa yang lebih efisien dan efektif.
- Peningkatan pengaplikasian teknologi hijau di dalam pembekalantenaga dan air, bangunan, pengurusan sisa dan sistem pengangkutan.
3. Ke Arah Wilayah Bandar Makmur
Pembangunan ke arah wilayah bandar makmur bertujuan untuk memastikan kesejahteraan penduduk Negeri Selangor terus terjamin seiring dengan pembangunan ekonomi dan fizikal. Kemakmuran di dalam konteks ini adalah penduduk Negeri Selangor berpeluang untuk menerima manfaat daripada pertumbuhan ekonomi dari aspek penawaran peluang-peluang pekerjaan dan tinggal di dalam persekitaran kehidupan yang berkualiti. Bagi mencapai matlamat Ke Arah Wilayah Bandar Makmur, enam (6) hala tuju strategik telah digariskan iaitu:
- Pembangunan perumahan yang mencukupi, mampu milik dengan persekitaran yang berkualiti dan selamat.
- Pembangunan kemudahan pendidikan, kesihatan dan
keselamatan yang mencukupi dan berkualiti
.
- Pembangunan kemudahan keagamaan, kemudahan awam, rekreasi dan sukan yang mencukupi, berkualiti dan inklusif.
- Penyediaan sistem pengangkutan yang berkualiti, menyeluruh, boleh dipercayai (reliable), efisien dan mampan.
- Menjadikan perkhidmatan rel dan bas rapid transit sebagai pilihan utama sistem pengangkutan darat dengan menyediak
- an perkhidmatan yang bersepadu selamat, cekap dan reliable untuk penumpang dan barang.
- Penyediaan bekalan air yang mencukupi, bersih dan boleh dipercayai (reliable).
Secara keseluruhannya melalui matlamat dan halatuju strategik pembangunan yang dinyatakan melalui konsep pembangunan yang dikenalpasti akan membentuk sebuah wilayah bandar yang seiring dengan status Negeri Selangor sebagai sebuah negeri yang pesat membangun dan paling maju di Malaysia serta mencapai aspirasi Negeri Selangor ke arah `Membangun
Bangsa Memakmur Negeri’.