Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

280) KEMUDAHAN TAMAN PERMAINAN

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah prosedur penyelenggaraan taman permainan di Selangor?

    1. Semua taman permainan kanak-kanak yang telah diserah kepada PBT akan diselenggara setiap bulan secara kontrak. Penyelenggaraan yang dilaksanakan melibatkan skop seperti berikut:

     

    1. Pembersihan peralatan permainan daripada sebarang kekotoran seperti lumut, pasir, tanah dan sebagainya. Kekerapan membersih berdasarkan keperluan iaitu apabila berlaku kekotoran.

    Membaikpulih kerosakan kecil seperti menggantikan ‘skru’ hilang, mengecat alatan berkarat dan sebagainya. Kekerapan membaikpulih adalah berdasarkan keperluan iaitu apabila berlaku kerosakan kecil seperti dinyatakan.

    Peralatan yang mengalami kerosakan yang memerlukan kos yang tinggi akan dibaikpulih / diganti secara ‘one off’. Tindakan penggantian / baikpulih dibuat berdasarkan aduan penduduk, laporan kontraktor kawasan atau berdasarkan pemantauan tapak  kakitangan teknikal jabatan. Taman permainan kanak-kanak yang belum diserah kepada PBT perlu diselenggara sendiri oleh pemaju sehingga pengambilalihan penyelenggaraan diluluskan. Butiran kekerapan kerjakerja penyenglenggaraan yang dijalankan adalah seperti berikut:

    Bil Perkara Kekerapan
    1. Kerja-kerja penyelenggaraan pemotongan rumput

     

    Dilaksanakan tiga (3) kali sebulan.

     

     

    2. Kerja-kerja penyelenggaraan pembersihan kawasan taman

    permainan

    Dilaksanakan pada setiap hari iaitu sapuan sampah dan mengangkat sampah pukal.

     

    3. Kerja-kerja penyelenggaraan pembersihan alatan permainan

     

    Dilaksanakan mengikut keperluan.
  2. Nyatakan jumlah aduan yang diterima berkenaan taman permainan yang membahayakan keselamatan kanak-kanak.

    Setakat 30 Jun 2017, jumlah aduan yang diterima berkenaan taman permainan yang membahayakan keselamatan kanak-kanak adalah sebanyak 308 aduan. Perincian laporan aduan mengikut PBT adalah seperti berikut :

    PBT JUMLAH ADUAN YANG DITERIMA BERKENAAN TAMAN PERMAINAN
    MBSA 30
    MBPJ 85
    MPK 31
    MPAJ 1
    MPSJ 77
    MPS 10
    MPKj 22
    MPSp 6
    MDKL 10
    MDHS 12
    MDKS 21
    MDSB 3
    JUMLAH 308

    Nota : Sumber  maklumat daripada setiap PBT.

Lampiran

Tiada Lampiran.