Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
274) NON REVENUE WATER (NRW)
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan kadar peratusan NRW dari terkini?
Kadar peratusan NRW pada bulan Jun adalah sebanyak 30.19%. Purata NRW dari bulan Januari hingga Jun 2017 adalah 32.3% berbanding 32.64% pada Disember 2016.
-
Apakah perancangan dan strategi Kerajaan Negeri untuk menurunkan kadar peratusan tersebut?
Antara program yang dirancang dan dilaksanakan untuk mengurangkan kadar NRW adalah seperti berikut:
- Pengesanan kebocoran pada paip utama dan paip komunikasi.
- Pembentukan Kawasan Imbangan Air (Water Balance Area) dan Zon Pengurusan Tekanan Air.
- Penggantian paip utama dan komunikasi Penggantian meter air lama (melebihi 10 tahun)
- Zon Permeteran Daerah (DMZ)
Kesemua kerja tersebut dijalankan secara dalaman (In-house)
-
Nyatakan sasaran yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.
Air Selangor telah menetapkan sasaran NRW untuk 3 tahun:
Akhir Tahun Sasaran NRW (%)
2017-31%
2018-30%
2019-29%