Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

273) STATUS TARAF JALAN SALLEH MERU YANG BERSEMPADAN ANTARA ZON INDUSTRI DAN PERUMAHAN. JALAN TERSEBUT YANG KERAP ROSAK DAN MENDAP DENGAN AKTIVITI KELUAR MASUK KENDERAAN BERAT

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah ada cadangan, serta jangkaan dilaksanakan naik taraf jalan tersebut?

    Untuk makluman pihak Y.B, Jalan Salleh telah tersenarai dalam kerja-kerja Membaikpulih Permukaan Jalan Yang Telah Rosak Serta Kerja-kerja Lain Yang

    Berkaitan Di Dalam Selangor (Zon A). Kerja-kerja ini melibatkan 3 jalan iaitu Jalan Akob, Jalan Keretapi Lama dan Jalan Salleh. Untuk Jalan Salleh, kita menggunakan kaedah pembaikan struktur jalan yang dijangka bermula pada 21/07/2017 setelah bahan binaan diluluskan untuk kerja-kerja pembaikan.

     

  2. Berapakah had muatan berat bagi taraf jalan industri?

    Had muatan adalah 8 tan – No. Warta SEL.P.U 26

  3. Apakah faktor laluan paip gas di bawah tanah dan berdekatan parit tanah lain punca kerosakan tersebut?

    Tanah di Jalan Salleh merupakan tanah gambut yang belum mencapai ‘final settlement’. Sebarang kerja pengorekan atau had muatan lori berlebihan akan menyumbang kepada pergerakan tanah tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.