Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
262) PENYELENGGARAAN JALAN DALAM KAWASAN APARTMEN ANGGERIK DAN RISTA VILLA TAMAN PUTRA PERDANA
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Siapakah yang bertanggungjawab menyelenggarakan kemudahan jalan di kawasan ini?
Pembangunan Pangsapuri Anggerik dan Pangsapuri Rista Villa Taman Putra Perdana merupakan pembangunan bertingkat(berstrata). Pengurusan dan pentadbiran pangsapuri tersebut terikat kepada Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) dan Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata 2013 (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2015.
Penyelenggaraan jalan di dalam kawasan pangsapuri adalah tanggungjawab pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB) Pangsapuri untuk selenggara kawasan tersebut. Ini termaktub di dalam Seksyen 21 Kewajipan dan kuasa badan pengurusan bersama Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757).
Seksyen 21(1)(a) menyatakan kewajipan badan pengurusan bersama untuk menyenggarakan dan menguruskan dengan sepatutnya bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama, dan menjaganya dalam keadaan yang baik dan pembaikan yang dapat digunakan. Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757).
Seksyen 21(2)(c) menyatakan kuasa badan pengurusan untuk membenarkan perbelanjaan bagi menjalankan penyenggaraan dan pengurusan bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757).
-
Adakan peruntukan MARRIS juga boleh digunakan untuk selenggara jalan dikawasan JMB?
Untuk makluman pihak Y.B, semakan dengan Jabatan Kejuruteraan Majlis Perbandaran Sepang tiada tiada peruntukan MARRIS bagi pembangunan bertingkat (berstrata).
Sehubungan dengan itu, segala perbelanjaan penyelenggaraan jalan tersebut digunakan melalui wang caj penyenggaraan dan wang penjelas yang diurus tadbir oleh pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB) Pangsapuri tersebut. Ini jelas dinyatakan di dalam Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757).