Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
258) PROGRAM KHAS SELANGOR BRAIN BANK
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah sasaran jumlah pembiayaan yang akan meningkat dari setahun ke setahun dalam program ini?
Sasaran pembiayaan adalah tertakluk peruntukan tahunan yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri iaitu sebanyak RM8,000,000 sahaja setahun.
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi memastikan setiap pelajar yang terlibat dapat betul-betul menamatkan pengajian mereka?
Bagi memastikan pelajar tajaan di bawah Program Khas Selangor Brain Bank ini dapat menamatkan pengajian, calon yang benar-benar berpontensi telah dikenalpasti semasa peringkat temuduga oleh Jawatankuasa Panel Penilai yang telah dilantik oleh Lembaga Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor. Setiap penerima juga diwajibkan untuk melapor kemajuan akademik mereka kepada penyelia kedua (second supervisor) yang terdiri daripada ahli akademik yang dilantik oleh Lembaga. Selain itu, penerima juga dikehendaki untuk membayar gantirugi kepada Lembaga TKWBNS sekiranya gagal menamatkan pengajian seperti mana yang telah dinyatakan di dalam Dokumen Perjanjian.
-
Bagaimana Kerajaan Negeri hendak memastikan sustainabality program ini setiap tahun?
Urus Setia akan mengadakan penambahbaikan program ini dari semasa ke semasa bagi memastikan objektif program ini tercapai dan dapat dikekalkan seperti mana kehendak stakeholders dengan penglibatan daripada pakar-pakar akademik dan industri.