Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
255) RUMAH BURUNG WALIT
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah S.O.P pemasangan papan tanda premis perniagaan dan kain rentang?
Buat masa ini, Kerajaan Negeri bercadang untuk memanjangkan tempoh kelonggaran kepada pengusaha atau pemilik rumah burung walit sedia ada di kawasan komersial, iaitu yang telah membuat pendaftaran lesen sebelum 31 Disember 2013 supaya berpindah ke kawasan pertanian seperti yang terkandung di dalam Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor PBT:SPBT Bil. 4/2013 Kaedah Pelesenan Rumah Burung Walit Di Kawasan Perniagaan Dan Kawasan Sawah Padi Di Negeri Selangor bertarikh 23 Oktober 2013.
Cadangan ini perlu diteliti kerana berdasarkan aktiviti perusahaan burung walit sedia ada, didapati banyak yang tidak aktif lagi termasuklah yang diusahakan di kawasan komersial yang berpunca daripada faktor harga pasaran sarang burung walit yang tidak menentu. Namun demikian, bagi sekelompok kecil pengusaha burung walit yang masih aktif mengusahakan perniagaan burung walit di kawasan komersial akan diteliti semula oleh Kerajaan Negeri dari segi penggunaan alatan yang tidak menyebabkan kacauganggu di kawasan di sekelilingnya.
Berdasarkan laporan yang diperolehi daripada pihak PBT bagi tahun 2016, sebanyak 320 premis burung walit di kawasan komersial telah tidak aktif dan terbiar. Walau bagaimanapun, bagi permohonan baru lesen burung walit yang ingin beroperasi di kawasan komersial adalah tidak dibenarkan oleh semua PBT Negeri Selangor.