Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
252) PEMBERIMILIKAN TANAH BAGI KAMPUNG PAYA JARAS, MERBAU SEMPAK DAN KUBU GAJAH
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah senarai bilangan Borang 5A yang akan dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Daerah Petaling menurut nama kampung di atas sehingga bulan September 2017 ini?
Berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke 18/2017 bertarikh 31 Mei 2017, Pejabat Tanah Daerah Petaling akan mengeluarkan Borang 5A bagi 17 permohonan di Kampung Paya Jaras dan 1 permohonan di Kampung Kubu Gajah sehingga bulan September 2017 ini.