Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

251) SISTEM DIGITAL TANAH

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan setakat ini bagaimanakah keberkesanan Sistem tersebut yang dipraktiskan oleh KNS.

    Untuk makluman Yang Berhormat Sekinchan, terdapat beberapa sistem digital tanah utama yang digunapakai terutamanya di Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) iaitu Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB), Sistem Pengurusan Hakmilik Strata (eStrata), Land Bank Library System (LBLS), sistem eCharting dan Selangor Land Information System (SeLIS). Di samping itu, terdapat beberapa sub-sistem yang digunapakai oleh PTGS bagi menyokong sistem-sistem utama tersebut seperti sistem e-Consent, sistem Strata2u dan sistem semakan status urusan tanah dan maklumat cukai tanah atas talian

    (online).

    Secara keseluruhannya, sistem-sistem yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor telah menunjukkan keberkesanannya berdasarkan kepada:

    • Maklumat digital/elektronik yang disimpan dalam pangkalan data (database) adalah lebih sistematik, selamat dan berintegriti daripada bentuk manual (simpanan secara hardcopy) kepada data digital;
    • Memudahkan dan mempercepatkan proses capaian dan carian data digital tanah;
    • Mempercepatkan proses permohonan dan kelulusan urusan tanah;
    • Mengurangkan masalah pertindihan lot, penipuan dan pemalsuan hakmilik tanah;
    • Mengurangkan tuntutan saman di Mahkamah berikutan wujudnya data yang sistematik dan tepat;
    • Memudahkan orang awam menyemak status urusan tanah dan maklumat cukai tanah; dan
    • Meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan kepada orang awam.

     

  2. Sila kemukakan apakah kelemahan yang dihadapi setelah Sistem tersebut dilaksanakan.

    Secara keseluruhannya, punca kelemahan sistem-sistem tanah yang wujud adalah melibatkan perkara-perkara diluar kawalan Kerajaan Negeri. Antara kelemahan tersebut ialah:

    • Kod sumber (source code) sistem utama di Pejabat Tanah Galian Selangor iaitu Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan. Ini menyukarkan Kerajaan Negeri untuk membuat sebarang penambahbaikan sistem mengikut keperluan semasa.
    • Sistem-sistem utama yang lain sentiasa perlu dinaiktaraf (upgrade) selaras dengan:
      1. Pertambahan transaksi tanah;
      2. perubahan undang-undang dan peraturan terbaru;
      3. perkembangan teknologi maklumat yang pantas; dan
      4. keselamatan dan integriti data daripada diceroboh (hacking) secara dalaman atau luaran.

    Bagaimanapun, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa komited dan berusaha untuk menambahbaik sistem-sistem tanah dari masa ke semasa. Antara usaha Kerajaan Negeri ialah menyediakan peruntukan RM 4.38 juta bagi tahun 2017 hingga 2019 untuk memperkukuhkan sistem utama tanah Kerajaan Negeri Selangor.

    Impak yang ketara di atas usaha-usaha Kerajaan Negeri Selangor dalam memperkukuhkan kelemahan tersebut adalah seperti berikut:

    • Memperkukuhkan dan memantapkan pengurusan dan pentadbiran tanah Kerajaan Negeri; dan

    Meningkatkan kutipan hasil Kerajaan Negeri.

  3. Sila nyatakan jumlah kos yang diperuntukkan dan berapakah kos penyelenggaraan tahunan

    Jumlah kos peruntukan dan kos penyelenggaraan tahunan adalah seperti berikut:

    BIL SISTEM KOS PEMBANGUNAN

    (RM)

    KOS PENYELENGGARAAN

    (TAHUNAN)

    (RM)

    1 Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) Tiada kos

    (Sistem dibangunkan sepenuhnya oleh

    Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Ketua

    Pengarah Tanah dan

    Galian Persekutuan)

    8,760
    2 Sistem Pengurusan Hakmilik Strata (eSTRATA) 774,530 40,800
    3 Land Bank Library System (LBLS) 4,454,642 8,750

     

    4 Sistem eCharting 194,100 Tiada kos
    5 Selangor Land Information System (SELIS) 640,900 79,213

     

    MAKLUMAT TAMBAHAN

     

    1. Sistem eTanah

     

    Kerajaan Persekutuan melalui Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri telah meluluskan pelaksanaan sistem eTanah ke Negeri Selangor secara Private Funding Initiative (PFI) iaitu Kerjasama Awam Swasta melalui Build Operate Tansfer (BOT) oleh Syarikat Puncak Tegap Sdn. Bhd. (PSTB). Pelaksanaan sistem tersebut dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan untuk tempoh 14 tahun di mana dua tahun bagi pembangunan sistem dan 12 tahun bagi penyelenggaraan perkakasan dan sistem.

    Merujuk kepada kelulusan pelaksanaan projek tersebut, terdapat beberapa isu berkaitan yang masih di peringkat perbincangan di antara PTG Selangor dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (sebagai pelaksana projek) iaitu keselamatan data digital tanah, pihak-pihak yang terlibat dalam perjanjian projek dan pembangunan sistem yang melibatkan ketuanpunyaan (ownership) untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

    Syarikat yang dilantik hanya akan mula melaksanakan projek eTanah di negeri Selangor setelah semua isu tersebut di atas diselesaikan terlebih dahulu.

    1. Gangguan Teknikal Sistem Utama dan Sub-sistem berkaitan tanah

     

    Terdapat beberapa insiden gangguan teknikal sistem utama dan sub-sistem tanah di PTGS sepanjang tempoh 1 Januari hingga 12 Julai 2017. Gangguan teknikal daripada perkakasan, perisian dan juga rangkaian ini adalah di bawah kawalan PTGS. Berikut merupakan ringkasan insiden yang telah berlaku:

    Bil Nama Sistem Tarikh Kejadian Punca Tindakan Yang Diambil Tempoh

    Sistem Down

    1. Queue

    Management

    System

    (QMS)

    27 Feb

    2017

    Kerosakan kabel rangkaian pada

    pencetak tiket menyebabkan

    nombor tiket tidak dapat di keluarkan.

    Menukar kabel rangkaian tiket pencetak tiket berkenaan. 1 hari
    13 Mac

    2017

    Kerosakan perkakasan Menukar alat ganti pencetak tiket 1 hari

     

    Bil Nama Sistem Tarikh Kejadian Punca Tindakan Yang Diambil Tempoh

    Sistem Down

          pencetak tiket. berkenaan  
    2. Sistem

    Permohonan

    Kebenaran

    Pindahmilik dan

    Gadaian Tanah

    (eConsent)

    21 Feb

    2017

    Kerosakan pada perkakasan (hard

    disk)

    Penggantian hard disk dan pemulihan sistem dengan melaksanakan konfigurasi semula sistem dan pangkalan data. 3 hari
    3. Sistem

    Pendaftaran

    Tanah

    Berkomputer

    (SPTB)

     

    28 April

    2017

    Saiz storan pada pangkalan data telah mencapai tahap maksimum menyebabkan pangkalan data tersebut tidak boleh menerima kemasukan data. Membaikbaik saiz storan pangkalan data kepada saiz yang lebih besar. 1 hari
    4. Sistem

    Pungutan Hasil

    Tanah

    (SPHT)

     

    28 Jun 2017 Masalah pada sistem pengoperasian server

     

    Konfigurasi semula sistem pengoperasian server 3 jam
    5.

     

     

     

    MySMS 15888 5 Jun 2017 Gangguan

    connectivity antara syarikat Mysms dengan syarikat telekomunikasi

    Konfigurasi semula connectivity antara syarikat MySMS dan syarikat telekomunikasi. 4 hari

     

    6. Sistem semakan status urusan tanah: 3 Julai 2017 Kegagalan perkakasan (server). i. Strata2u masih dalam tindakan pemulihan dan dijangka pulih pada 31 julai 2017  
    Bil Nama Sistem Tarikh Kejadian Punca Tindakan Yang Diambil Tempoh

    Sistem Down

      i. Strata2u ii. ePungutan iii. ePerserahan     ii. Sistem ePungutan masih dalam tindakan pemulihan dan dijangkan pulih pada 17 Julai 2017.  
    iii. Pemulihan sistem ePeserahan telah dilaksanakan dengan konfigurasi semula sistem dan pangkalan data. 8 hari

     

    Pada masa ini. pihak PTGS sedang berusaha untuk membuat penggantian terutamanya melibatkan perkakasan yang rosak atau telah usang (obselete). Walau bagaimanapun, penggantian perkakasan tersebut tertakluk kepada peruntukan kewangan sedia ada dan kelulusan belanjawan tahun 2018.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.