Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

244) JEJANTAS PEJALAN KAKI DAN MOTOSIKAL HADAPAN SMK MERU JALAN MERU TAMBAHAN. LALUAN BERTANGGA YANG TERLALU HAMPIR DENGAN LALUAN JALAN 2 LORONG 2 HALA. KEJADIAN KES STRUKTUR TIANG DAN JEJANTAS RUNTUH PADA BULAN JUN 2017

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah hasil siasatan dan laporan teknikal punca kejadian tiang dan jejantas motosikal runtuh?

    Struktur jejantas motosikal runtuh kerana tiang utama dilanggar lori kontena/treller yang memandu laju.

  2. Bagaimanakah laporan dan jaminan keselamatan struktur yang ada?

    Kerja pembaikan segera telah dilaksanakan dan struktur jambatan adalah selamat untuk pengguna pejalan kaki.

  3. Apakah perancangan terhadap laluan tangga yang amat hampir dengan jalan yang dinaiktarafkan 2 lorong setiap laluan?

    Telah diambilkira di dalam perancangan projek membina Jalan Meru Tambahan.

    Jejantas pejalan kaki ini akan dibina struktur „Half-New Jersey Barrier‟ untuk memisahkan pengguna jejantas dan aliran trafik kenderaan dan ianya lebih kukuh.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.