Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
241) AGENDA KESAN PERUBAHAN IKLIM
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah fenomena kesan perubahan iklim yang telah dikenal pasti?
Berdasarkan Laporan Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC) Tahun 2014, fenomena kesan perubahan iklim hanya dapat dikenal pasti melalui kajian sistem cuaca setempat dengan mengambil kira data cuaca dari 10 hingga 30 tahun.
Buat masa ini, fenomena kesan perubahan iklim boleh dilihat melalui keadaan cuaca seperti peningkatan aras laut, hujan lebat, ribut kencang dan musim kemarau yang berlaku dengan lebih kerap dan kekerapan hujan yang turun tidak mengikut musim monsun
Selain itu, terdapat kajian yang menyatakan bahawa penyakit demam denggi bawaan vektor (nyamuk) juga boleh dikaitkan dengan fenomena perubahan iklim.
-
Adakah ukuran kesan perubahan iklim diambil kira di dalam perancangan dan polisi kerajaan?
Kerajaan Negeri Selangor sentiasa berusaha bagi memastikan perancangan dan penetapan polisi kerajaan dilaksanakan dengan mengambil kira kesan perubahan iklim. Hal ini dapat dilihat melalui penetapan Pelan Tindakan Teknologi Hijau Negeri Selangor 2016-2018 yang merupakan salah satu usaha Kerajaan Negeri ke arah pembangunan mampan dan pengurangan pelepasan karbon di negeri ini.
Pelan ini menumpukan kepada 5 sektor utama iaitu tenaga, pengangkutan, bangunan, pengurusan sisa dan air. Selain itu, ia turut merangkumi 7 tindakan utama seperti berikut:
- Perbandaran Hijau melalui Kerangka Bandar Rendah Karbon (LCCF);
- Perolehan Hijau Kerajaan;
- Pemasangan Rangkaian Pengecas Kenderaan Elektrik;
- Penggunaan Bas Elektrik bagi Program „Bas Percuma‟ di PBT;
- Pemasangan Bumbung Solar bagi Projek Perumahan Selangorku;
- Bangunan Cekap Tenaga di Bangunan Kerajaan Negeri Selangor;
- Program Penghijauan Taman Industri.
Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah / Tanah, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri Selangor juga sentiasa mengadakan program kesedaran kepada masyarakat dan program yang dapat mengurangkan impak kesan perubahan iklim dari masa ke semasa.
-
Apakah program yang dilakukan untuk kesedaran serta pengurangan impak kesan perubahan iklim?
- Senarai program kesedaran yang telah dilaksanakan dari tahun 2015 hingga 2017 bagi mengurangkan impak kesan perubahan iklim adalah seperti di LAMPIRAN A.
LAMPIRAN A
BIL PROGRAM AGENSI PELAKSANA 1 Pj Environmental Expo 2015 MBPJ 2 Program Kesedaran Penjagaan Persisir Pantai & Sungai Bersama Jheo & Jkm – Orang Asli Pulau Indah
MPK 3 Program Tanam Pokok Bersama NGO/Swasta MPAJ 4 Program Sayangi Dan Pelihara Hutan (Paya Indah Wetland) MDKL 5 Program Pemeliharaan Alam Semulajadi (Tanaman Kayu Bakau) PDT Petaling 6 Program Bumi Hijau “Kempen Satu Rumah Satu Pokok PDT Gombak 7 Program Menanam Pokok Bakau di Tepi Sungai PDT Sepang 8 Jom Menghijau Kawasan Sekitar PDT Hulu Selangor 9 Kempen Cintailah Sungai Bernam PDT Sabak Bernam 10 Program Tanam 1,000 Pokok di Daerah Hulu Langat PDT Hulu Langat 11 Program Penanaman Semula Spesis Pokok Bakau LUAS 12 Program penanaman pokok bersama Duta-duta EU JPNS 13 Program Tanam Pokok di Hutan Raja Muda Musa JPNS 14 “Climate Change And Water Dialogue 2015” CETDEM 15 Menghadiri Persidangan Perubahan Iklim Cop 21 Persatuan Belia Perubahan Iklim 16 Program Perlindungan Alam Sekitar Sempena Hari Bumi Sedunia Persatuan Benih Hijau BIL PROGRAM AGENSI PELAKSANA 1 Program Jalan Kaki Sempena Hari Bumi Daerah Petaling 2016 PDT Petaling 2 Kampungku Permai Menghijau PDT Klang 3 Program Amalan Hijau dan Tanaman Pokok buahbuahan PDT Hulu Langat 4 Program Pemuliharaan Pokok Bakau di Sungai Sepang Besar PDT Sepang 5 Program Kunang-Kunang RDC Sungai Sepang Kecil PDT Sepang 6 Projek Lanskap dan Penghijauan Tapak Sampah Haram PDT Kuala Langat 7 Program Tanam Pokok di Taman Alam Dan Sekitar Pekan kuala Selangor PDT Kuala Selangor
8 Hutan Paya Bakau Jeram 9 Hutan Simpan Raja Musa Bestari Jaya 10 Amalan Hijau, Mesra Alam dan Masyarakat Harmoni PDT Hulu Selangor 11 Program Sempena Sambutan Hari Bumi MPAJ 12 Program Hari tanpa kenderaan MPS 13 Program “Rumah dan Lanskap” MDKL 14 Program Penanaman Pokok-Pokok Nadir di Hulu Selangor MDHS 15 Menanam pokok Berembang dan pemulihan pokok sediada dengan pembajaan menggunakan EM Mudball
MDSB 16 Sambutan Hari Hutan Antarabangsa dan Kempen Penanaman Pokok JPNS 17 Program Penanaman Pokok Bakau dan Pembersihan Pantai LUAS 18 Program Cintailah Bumi Persatuan Benih Hijau BIL PROGRAM AGENSI PELAKSANA 1 Program Pokok “Petaling” 2017 PDT Petaling 2 Penanaman Pokok Api-Api PDT Klang Anjuran bersama Luas, Jabatan Hutan Daerah Klang, MPK Dan JKKK Kampung Sungai Serdang PDT Klang 3 Program Tanam Pokok (Buah/ Bakau) PDT Gombak 4 Pemuliharaan Hutan Paya Bakau di Sg.Burong PDT Kuala Selangor
5 Pemuliharaan Hutan Paya Bakau Di Dun Bukit Malawati 6 Program Penanaman Pokok Nadir Di Hutan Bukit Gasing MBPJ
7 Kempen 1 Rumah 1 Pokok 8 Projek Landskap Dan Penghijauan Tapak Sampah Haram Kampung Sungai Udang MPK
9 Program Hari Klang Bebas Karbon : Car Free Zon 10 Hari Tanpa Kenderaan MPS 11 Program Car Free and Cycling Bandar Kajang MPKj 12 Program Hijau Bumi MDKS 13 Program Penanaman Pokok Bakau Dan Pembersihan Pantai LUAS
14 Menjalankan Program Menanam Pokok Bakau Dan Pokok Rhu Pantai Di Kawasan Persisiran Pantai Bagan Nakhoda Omar Dan Sungai Lang Yang
Mengalami Masalah Hakisan Tebing