Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
240) PEKERJA ASING DAN WABAK
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan anggaran terkini jumlah pekerja asing yang bekerja di Selangor?
Anggaran terkini jumlah pekerja asing yang bekerja di Selangor dari Januari hingga Jun 2017 adalah seramai 27,349 (Dua Puluh Tujuh Ribu Tiga Ratus Empat Puluh Sembilan) orang dalam pelbagai sektor.
-
Secara umumnya adakah kebanjiran pekerja asing ini merugikan atau menguntungkan kerajaan negeri?
Secara umumnya kebanjiran pekerja asing ini jika dilihat dari pelbagai sudut ada merugikan dan ada juga menguntungkan.
Merugikan :
- Banyak wang Negara mengalir keluar
- Tenaga kerja tempatan diabaikan disebabkan majikan banyak memilih pekerja asing disebabkan tawaran gaji yang lebih rendah.
- Kemahiran kerja banyak disalurkan kepada pekerja asing
- Dari segi kesihatan, pekerja asing banyak membawa pelbagai wabak penyakit seperti tibi dan sebagainya.
- Peluang untuk mendapatkan status penduduk tetap akan terbuka luas setelah lama menetap di Malaysia. Peluang dan hak warganegara akan terhakis sedikit demi sedikit akibat kebanjiran pekerja asing.
Menguntungkan:
- Pekerja asing dilihat sebagai lasak dan boleh membuat pelbagai kerja berbanding pekerja tempatan.
- Pekerja asing tidak terlalu memilih dalam membuat kerja dan gaji yang diberikan.
- Menampung keperluan tenaga kerja yang tidak mahu diisi oleh pekerja warga tempatan dalam beberapa sektor yang dibenarkan seperti perkilangan, pembinaan, pertanian, perladangan dan perkhidmatan yang mana sektor – sektor ini menyumbang kepada pertumbuhan KDNK Negeri mahupun Negara
-
Pekerja asing punca pembawaan sesetengah wabak akibat tiada pengambilan vaksin. Apakah langkah yang diambil bagi mengatasi masalah ini?
Bagi mengawal penularan wabak penyakit yang dibawa oleh warga asing akibat tiada pengambilan vaksin, Kerajaan telah mewajibkan warga kerja asing yang akan diambil bekerja untuk menjalani pemeriksaan saringan kesihatan dengan Agensi Pemantauan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (FOMEMA) sebelum permit kebenaran untuk bekerja di Malaysia dikeluarkan. Pekerja yang sihat sahaja yang akan diambil bekerja.
Selain itu, pekerja asing juga diminta untuk mengambil vaksin yang diperlukan sekiranya mereka ingin berkerja dalam sektor perkhidmatan atau sektor – sektor lain yang berkaitan, seperti industri makanan, restoren dan sebagainya.