Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
233) BAJET SELANGOR 2017
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan peratusan perlaksanaan Bajet Selangor 2017
Sehingga tarikh 30 Jun 2017, Bajet Negeri Selangor telah merekodkan perbelanjaan sebanyak RM1,400,157,829.94 atau 40.58% berbanding jumlah peruntukan yang diluluskan iaitu sebanyak RM3,450,000,000.00.
-
Sejauh manakah perlaksanaan Bajet Selangor 2017 menepati KPI yang ditetapkan?
Peratus perbelanjaan bagi tempoh setengah tahun pertama iaitu sebanyak 40.58% jelas menunjukkan kawalan perbelanjaan yang baik dan berhemat oleh semua Jabatan, serta menepati KPI yang telah ditetapkan. Momentum perbelanjaan akan menunjukkan peningkatan secara berperingkat pada setengah tahun kedua terutama apabila perolehan bekalan, perkhidmatan mahupun kerja telah selesai dilaksanakan dan pembayaran mula dilunaskan kepada pembekal.
-
Adakah Kerajaan Negeri mengeluarkan laporan separuh tahun Bajet Selangor 2017?
Kerajaan Negeri Selangor tidak mengeluarkan laporan separuh tahun bagi Bajet Selangor. Walau bagaimanapun, kedudukan perbelanjaan Kerajaan Negeri Selangor akan dibentangkan dan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan Kerajaan Negeri Selangor yang diadakan tiga kali setahun.Laporan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Selangor turut dilaporkan pada setiap bulan kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.