Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

227) STATUS PERMOHONAN CADANGAN MENAIKTARAF KAWASAN PERKUBURAN INDIA MERU OLEH MBSA PADA NOVEMBER 2016. KEADAAN TERKINI, TAPAK YANG ADA BERCERUN DAN BERPAYA AMAT TERHAD BAGI TAPAK BARU

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah anggaran kos keseluruhan cadangan tersebut?

    Kos keseluruhan bagi cadangan projek menaiktaraf kawasan perkuburan India ini adalah berjumlah RM 1,981,344.85.

  2. Apakah bentuk cadangan pembangunan tersebut?

    Terdapat beberapa cadangan pembangunan bagi menaiktaraf kawasan perkuburan tersebut antaranya adalah seperti berikut;

    • Menambak tanah di kawasan bercerun bagi penyediaan tapak-tapak kubur.
    • Melakukan kerja-kerja membaikpulih sistem perparitan sediada.
    • Menyediakan kemudahan infrastruktur yang meliputi jalan masuk, lampu jalan dan sistem perparitan yang sempurna.
  3. Bilakah jangkaan cadangan itu dapat dilaksanakan dan dimanfaatkan oleh kaum India?

    Cadangan menaiktaraf kawasan perkuburan ini sedang dalam proses untuk diiklankan pada bulan Julai 2017. Projek menaiktaraf dijangka akan dapat dilaksanakan pada  pertengahan bulan Ogos 2017 dan tempoh bagi menyiapkan projek ini adalah selama  enam bulan serta dijangka boleh digunakan pada awal tahun 2018.

Lampiran

Tiada Lampiran.