Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

223) TENAGA KERJA

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar KNS terhadap tenaga kerja warga asing di Selangor, sila nyatakan?

    Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dasar Buruh Negara adalah di bawah tanggung jawab Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri Selangor tidak mempunyai dasar khusus berkenaan tenaga kerja warga asing di Selangor. Dasar berkenaan warga kerja asing hanya ada diperingkat Kerajaan Persekutuan, dibawah Kementerian Dalam Negeri dan digunapakai di semua negeri di Malaysia. Proses kelulusan dan pengawalan kemasukan warga kerja asing hanya dilaksanakan oleh agensi-agensi Persekutuan di bawah Kementerian Dalam Negeri.

    Walaupun secara dasarnya Kerajaan mengawal kemasukan warga kerja asing ke Selangor, namun begitu khidmat tenaga kerja asing ini amat diperlukan oleh sektor perindustrian bagi menampung kekurangan tenaga kerja tempatan.

  2. Berapakah ramaikah bilangan pekerja ini diambil oleh anak-anak syarikat KNS, berikan perincian?

    Jumlah pekerja asing yang diambil bekerja oleh anak- anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor 207 orang. Perincian seperti berikut;-

    Anak Syarikat Kerajaan

    Negeri

    Bilangan Pekerja Asing Keterangan
    Invest Selangor Berhad Jerman : 1 orang

     

    Tenaga Kerja Profesional
    Kumpulan Darul Ehsan

    Berhad 

    Myanmar     : 106 orang

    Bangladesh :  13 orang

    Nepal           :   1 orang

     

    Jumlah seramai 120 orang pekerja asing oleh syarikat Hebat Abadi Sdn.Bhd – syarikat milik penuh KDEB Waste Management Sdn.

    Bhd.

    Permodalan Negeri

    Selangor Berhad

    Tiada  
    Worldwide Holdings

    Berhad

    Tiada  
    Central Spectrum (M) Sdn.

    Bhd. 

    Tiada  
    Perbadanan Kerajaan

    Negeri Selangor

    Tiada  
    Perbadanan Kemajuan

    Pertanian 

    Negeri Selangor 

    Indonesia : 62

    India         : 7 orang

    Nepal       : 1 orang

     

    Jumlah 70 orang pekerja asing yang bekerja di ladang-ladang kelapa sawit dan buah-buahan milik PKPS.
    Kumpulan Hartanah

    Selangor Berhad

    Tiada  
    Tourism Selangor Sdn.

    Bhd. 

    Tiada  
    Universiti Industri Selangor

    (UNISEL)

    Indonesia : 3 orang

    Thailand : 1 orang

    Jepun : 1 orang

    Kenya : 1 orang

    Bangladesh : 1 orang

     

    Jumlah 7 orang tenaga kerja profesional sebagai Pensyarah Kanan.
    Yayasan Selangor Tiada  
    PNSB Insurance Brokers Sdn. Bhd.  Tiada  
    Kolej Universiti Islam

    Antarabangsa (KUIS)

    Thailand  : 3 orang

    Indonesia  : 2 orang

    Kemboja  : 1 orang

    Singapura : 1 orang

    Filipina     : 1 orang

    India        : 1 orang

    Jumlah 9 orang.

    8 orang bekerja sebagai Pensyarah dan 1 orang sebagai sebagai

    Felo Penyelidik

    INPENS Tiada  

    * Sumber : Anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor.

  3. Apakah ada mekanisme yang diambil oleh KNS bagi memantau pekerja warga asing di Selangor, sila nyatakan.

    Secara dasarnya pihak Kerajaan Negeri Selangor tidak mempunyai mekanisme dan perundangan khusus yang diperuntukkan di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri dalam hal pemantauan pekerja asing di Negeri Selangor. Sebaliknya perkara tersebut adalah di bawah tanggung jawab Kerajaan Persekutuan iaitu Kementerian Dalam Negeri dalam hal-hal pengambilan pekerja asing dan Kementerian Sumber Manusia dalam hal penggajian dan perburuhan.

    Dalam membendung kebanjiran pekerja asing di Selangor, pihak Kerajaan Persekutuan hanya memberi kebenaran untuk mengambil pekerja asing dari Negara tertentu dan untuk bekerja dalam sektor tertentu sahaja seperti perkilangan, pembinaan, pertanian, perladangan dan perkhidmatan. Antara Negara – Negara dan sektor yang dibenarkan seperti;-

     

     

     

    Negara Jantina Sektor
    Perempuan Lelaki
    Thailand / / Semua sektor (Pembinaan,

    Perladangan, Pertanian,

    Perkhidmatan dan Perkilangan)

    Kemboja / /
    Nepal / /
    Myanmar / /
    Laos / /
    Vietnam / /
    Filipina X /
    Pakistan / /
    Sri Lanka / /
    Turkmenistan / /
    Uzbekistan / /
    Kazakstan / /
    India / / a.            Pembinaan (high tension cable) ;

    b.            Perkhidmatan (tukang emas, borong/ runcit, restoran-tukang masak, logam/ barang lusuh/ kitar semula, tekstil dan tukang gunting rambut);

    c.            Pertanian; dan

    d.            Perladangan

    Indonesia / / Pekerja lelaki Indonesia dibenarkan bekerja dalam semua sektor kecuali sektor perkilangan, manakala bagi wanita Indonesia boleh bekerja di semua sektor.
    Bangladesh / / Perladangan secara G2G

    * Sumber : Kementerian Dalam Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.