Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
212) MENGATASI MASALAH BANJIR DI KG. HAJI RAZALI DAN KG. SG . SIREH
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah punca utama masalah banjir yang sentiasa berlaku setiap kali hujan lebat di kampung tersebut
Punca masalah banjir adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor utama adalah disebabkan taburan hujan yang tinggi iaitu sangat lebat dan berpanjangan. Merujuk kepada kejadian banjir pada bulan Januari 2017, catatan taburan hujan melebihi 100mm dan hujan berpanjangan melebihi 3 jam menyebabkan kawasan mengalami banjir. Faktor Air Laut Pasang juga menyumbang kepada kejadian banjir sekiranya berlaku pada musim hujan di kawasan kampung yang berada di kawasan tidal effect dimana sistem saliran bergantung kepada pintu air serta operasi pintu air merujuk kepada Jadual Air Laut Pasang Surut.
-
Apakah tindakan segera dan jangka Panjang kerajaan negeri bagi mengatasi masalah banjir tersebut dan supaya tidak berlaku lagi?
Bagi mengurangkan masalah banjir di kawasan tersebut, JPS Daerah Kuala Selangor telah melaksanakan kerja-kerja membersih dan memdalamkan sistem saliran utama kampung bagi meningkatkan kapasiti air dan kerja mendalamkan alur pintu air bagi meningkatkan kadar aliran air di kawasan tersebut ke Sungai Tengi. JPS Daerah Kuala Selangor sedang menjalankan kajian bagi mengenalpasti keberkesanan menaiktaraf pintu air sedia ada bagi meningkatkan isipadu air yang berlebihan.
MAKLUMAT TAMBAHAN :
Kos Projek : RM 77,000.00
Tempoh Kerja : 8 minggu ( 7hb Jun 2017 – 2hb Ogos 2017)
Skop Kerja : Mendalamkan Alur Pintu Air (Outlet), membersihkan dan mendalamkan parit-parit di kg haji razali.
Parit-parit terlibat :
- Parit Borrowpit Kg Ampangan dan Kg Hj Razali
- Parit Lorong 9,10 dan 11 di Kg. Sireh
- Parit Lorong 5, 5A, 3, 3A
- Parit Lorong Balairaya
- Parit Lorong Hj Yadan
- Parit Lorong 1 Kg Hj Razali