Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
203) PERKHIDMATAN PERAWATAN DOMISILIARI
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah matlamat dan objektif pelaksanaan program ini?
Perkhidmatan Perawatan Domisiliari (PPD) adalah satu perkhidmatan perawatan holistik yang diberikan kepada kes terlantar yang stabil dan memerlukan kesinambungan penjagaan serta perawatan selepas discaj dari hospital atau rujukan dari klinik kesihatan.
OBJEKTIF UMUM
Untuk membantu dalam perawatan dan penjagaan pesakit yang terlantar di rumah ke arah meningkatkan kualiti hidup pesakit.
OBJEKTIF KHUSUS
- Membantu pesakit meneruskan rawatan dan penjagaan di rumah sebagai kesinambungan rawatan selepas discaj dari hospital.
- Memberi tunjuk ajar kepada pesakit dan keluarga bagi meningkatkan penjagaan kendiri.
- Menggalakan penyertaan keluarga dan masyarakat dalam pengendalian pesakit terlantar bagi mengurangkan kemasukan semula ke hospital.
-
Nyatakan jumlah lawatan dan rawatan yang telah dilaksanakan pada 2016
Jumlah lawatan dan rawatan yang telah dilaksanakan pada 2016 adalah seperti jadual di bawah:-
DAERAH BIL KES Gombak 32 Petaling 60 Hulu Langat 74 Klang 60 Hulu Selangor 26 Kuala Langat 19 Sabak Bernam 21 Kuala Selangor 19 Sepang 25 JUMLAH 336 -
Nyatakan jumlah pesakit yang berpenyakit kronik di kawasan desa.
Jumlah pesakit yang berpenyakit kronik kawasan desa di daerah-daerah Negeri Selangor
DAERAH STROK TRAUMATIC BRAIN
INJURY
SPINAL CORD INJURY
CEREBRAL PALSY KANSER LAIN-LAIN Gombak 21 1 1 9 Petaling 52 2 1 5 Hulu Langat 57 3 2 6 6 Klang 34 4 5 2 15 Hulu Selangor 13 3 2 8 Kuala Langat 11 1 3 1 2 1 Sabak Bernam 17 2 1 1 Kuala Selangor 16 1 1 1 Sepang 21 4 JUMLAH 242 15 12 5 13 49