Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

202) PENYELENGGARAN POKOK DI JALAN JKR

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa banyakkah isu pokok-pokok yang tidak diselenggarakan disebabkan di luar bidang kerja JKR (walaupun ianya berada di jalan JKR) yang dikenal pasti di Selangor?

    Isu pokok – pokok yang tidak diselenggarakan disebabkan di luar bidang kerja JKR (walaupun ianya berada di jalan JKR) yang dikenal pasti di Selangor adalah seperti berikut :

    TAHUN 2016 :

    BIL. DAERAH BILANGAN

    ISU / KES / ADUAN

    1. Sabak Bernam 0
    2. Kuala Selangor 3
    3. Hulu Selangor 0
    4. Gombak 35
    5. Petaling 8
    6. Klang 6
    7. Kuala Langat 4
    8. Hulu langat 6
    9. Sepang 1
      JUMLAH 63

        TAHUN 2017 (SEHINGGA JUN) :

    BIL. DAERAH BILANGAN

    ISU / KES / ADUAN

    1. Sabak Bernam 0
    2. Kuala Selangor 2
    3. Hulu Selangor 0
    4. Gombak 18
    5. Petaling 3
    6. Klang 5
    7. Kuala Langat 2
    8. Hulu langat 6
    9. Sepang 2
      JUMLAH 38

     

  2. Apakah KNS telah ada dasar untuk penyelesaian kepada isu ini bersama dengan pihak PBT?. Nyatakan.

    Antara langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk penyelesaian kepada isu ini bersama dengan pihak PBT adalah melalui Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur untuk membincangkan sebarang isu – isu yang berbangkit bagi setiap agensi kerajaan di setiap daerah.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.