Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

200) PRESTASI KEWANGAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan bagaimanakah prestasi kewangan Negeri Selangor secara perbandingan sejak 3 tahun yang lalu.

    Rizab negeri terdiri dari wang tunai dan pelaburan yang dipegang bagi ketiga-tiga Kumpulan Wang Disatukan iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan. Secara keseluruhannya, baki

    Kumpulan Wang Disatukan pada 31 Disember 2015, 31 Disember 2016 dan 30

    Jun 2017 masing-masing berjumlah RM3,258.61 juta, RM3,051.20 juta dan

    RM3,194.19 juta. Perincian adalah seperti di jadual berikut :-

                      PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN

     

    30.06.2017             31.12.2016

    31.12.2015
      RM Juta RM Juta       RM Juta
    Wang Awam

    Wang Tunai              

     

    208.80

    50.32  

    234.95

     

    Pelaburan

    2,985.39 3,000.88 3,023.66
     

     

               3,194.19 3,051.20          3,258.61 
    Dipegang Bagi :          

     

    Kumpulan Wang Disatukan Akaun Hasil Disatukan

     

     

    2,087.60

     

     

    1,450.92

     

     

    1,595.58

     

    Akaun Pinjaman Disatukan

    15.74 0.00                  0.00
     

    Akaun Amanah Disatukan

    1,090.85 1,600.28 1,663.03
     

     

     

                3,194.19

     

    3,051.20

     

             3,258.61 

     

     

  2. Sila huraikan sejauh manakah tempias cukai GST dan inflasi terhadap prestasi kewangan Negeri Selangor.

    Kerajaan Negeri tidak dikecualikan daripada dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). GST yang dikenakan adalah bagi Perolehan Kerja, Perkhidmatan Perunding dan Perkhidmatan Bukan Perunding. Impak pelaksanaan GST terhadap prestasi kewangan Negeri Selangor adalah di mana jumlah GST yang telah dibayar oleh Kerajaan Negeri bagi tempoh sepanjang tahun 2016  berjumlah RM96,113,516.71. Ia melibatkan perbelanjaan yang melibatkan pembelian terus, sebut harga, tender & MARRIS. Inflasi sememangnya berlaku akibat kenaikan harga barang dan perkhidmatan akibat faktor-faktor ekonomi semasa. Walau bagaimanapun kerajaan negeri sentiasa mengawal perbelanjaan dan meningkatkan hasil melalui Kawalan perbelanjaan berhemah.

  3. Apakah langkah-langkah proaktif yang diambil bagi memastikan kedudukan kewangan terus kukuh?

    Kerajaan Negeri sentiasa mengawal perbelanjaan dan peruntukan yang diluluskan agar dibelanjakan dengan betul dan mengikut peraturan agar tiada program yang dilaksanakan tergendala atau tidak mematuhi spesifikasi yang menyebabkan kerajaan terpaksa menaggung kos tambahan. Projek-projek yang tidak dapat dilaksanakan pada tahun yang berkenaan harus dimaklumkan kepada Perbendaharan Negeri sebagai Langkah kawalan. Semua Projek-projek yang diluluskan harus disiapkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Kerajaan Negeri juga telah menggariskan langkah-langkah penjimatan kepada setiap jabatan dengan menetapkan syiling dan memotong perbelanjaan yang tidak perlu untuk meningkat rezab sedia ada. Pengurusan dan langkah-langkah proaktif mengutip hasil tertunggak juga sedang digiatkan agar ABT kerajaan negeri terus dikurangkan dan dikutip sepenuhnya. Dengan ini Perancangan Hasil dan belanja dapat di pantau dan mengikut perancangan belanjawan yang diluluskan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.