Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
199) SKIM BANTUAN ASUHAN RAKYAT (SIKEMBAR)
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah pusat asuhan yang terlibat dalam program ini?
Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SiKEMBAR) merupakan skim bantuan kepada kanak-kanak dibawah usia 4 tahun yang diberikan kepada ibu bapa yang layak dan memenuhi syarat dan akan menerima bantuan yuran TASKA atau Nurseri sebanyak RM100 pada setiap bulan. Bantuan yuran tersebut akan dibayar terus kepada TASKA atau Nurseri bagi tujuan meringankan beban keluarga untuk menghantar anak mereka ke taska yang berdaftar.
Sehingga Jun 2017, terdapat 230 buah taska yang telah menyertai program ini dengan penglibatan seramai 3,065 orang kanak-kanak yang telah menerima manfaat daripada Kerajaan Negeri. Sebanyak RM2,681,630.00 telah dibelanjakan bagi tujuan ini untuk memastikan rakyat bersama-sama dapat menerima manfaat selayaknya dan menikmati hasil kekayaan Negeri Selangor tanpa mengira perbezaan agama, kaum mahupun fahaman politik.
-
Nyatakan jumlah kanak-kanak yang terlibat sejak program ini dilaksanakan?
Sama seperti di SUB(a)
-
Berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan semenjak diperkenalkan?
Sama seperti di SUB(a)