Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
195) KEMUDAHAN SUKAN DI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bilakah Stadium mini MPAJ di Pandan Perdana akan siap?
Stadium MPAJ dijangka siap pada 30 November 2017
-
Berapakah pejabat agensi kerajaan Selangor dilengkapi dengan kemudahan sukan atau bilik "gym"?
Pihak Kerajaan Negeri tidak dapat mengenalpasti secara keseluruhan kelengkapan atau kemudahan gym yang terdapat di agensi Kerajaan Selangor kerana tidak semua jabatan memerlukan kelengkapan tersebut. Walau bagaimanapun, keperluan kemudahan sukan atau bilik gym ini bergantung kepada keperluan jabatan masing-masing
-
Berapakah padang yang telah dilengkapi dengan kemudahan sukan di DUN Teratai dalam tahun 2013-2017?
KEMUDAHAN 2013 2014 2015 2016 2017 Gelanggang 13 14 14 14 14 Futsal 7 8 8 8 8 Padang Bola 9 10 10 10 10 Padang Permainan 28 29 30 30 30