Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

191) PERUNTUKKAN MARRIS

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah peruntukkan MARRIS yang diperuntukkan kepada setiap jabatan/agensi.

    Jumlah peruntukkan MARRIS yang telah diperuntukkan kepada setiap

    jabatan/agensi bagi tahun 2017 adalah seperti berikut:-

    Jabatan Siling Peruntukan MARRIS 2017
    Asal (RM) Penyelarasan (RM) Dikemaskini (RM)
    Jabatan Kerja Raya 196,000,000.00 0.00 196,000,000.00
    Jabatan Pengairan dan Saliran 2,000,000.00 2,000,000.00 4,000,000.00
    Pejabat Daerah dan Tanah 29,696,557.00 (2,000,000.00)* 27,696,557.00
    Pihak Berkuasa Tempatan 372,303,443.00 10,208,294.00 382,511,737.00
    Jumlah Keseluruhan 600,000,000.00 10,208,294.00 610,208,294.00

    Nota: Setakat 30 Jun 2017

    *Sejumlah RM2 juta peruntukan di bawah PDT Sabak Bernam telah diserah kepada JPS Selangor khusus untuk pembaikan Jalan Pertanian.

  2. Adakah kerajaan bersedia memberi peruntukkan tambahan kepada mana-mana jabatan/agensi yang telah membelanjakan keseluruhan peruntukkan yang di berikan?

    Kerajaan Negeri melalui Perbendaharaan Negeri Selangor telah mempertimbangkan beberapa permohonan untuk mendapatkan peruntukan tambahan di bawah Geran MARRIS kepada jabatan/agensi yang telah membelanjakan keseluruhan peruntukan MARRIS pada tahun semasa khususnya bagi membiayai kerja-kerja kecemasan dan ad-hoc yang mematuhi skop dan Garis Panduan MARRIS tertakluk kepada justifikasi yang dikemukakan oleh jabatan/agensi.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.