Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
184) PENDIDIKAN
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa ramai lepasan SPM setiap tahun di Negeri Selangor semenjak 2008 hingga kini?
Mengikut data Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, bilangan lepasan SPM adalah seperti berikut:
Tahun Bilangan Lepasan SPM 2008 52,656 2009 57,117 2010 59,647 2011 61,476 2012 62,777 2013 60,308 2014 59,402 2015 56,052 2016 55,834 -
Berapa peratus lepasan SPM yang memasuki Institut Pengajian Tinggi Awam IPTA atau IPTS?
Maklumat ini bukan berada di dalam bidang kuasa Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.
-
Apakah bantuan yang disediakan oleh Kerajaan bagi mereka yang tidak dapat masuk IPTA/ IPTS?
Bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi mereka yang tidak dapat masuk IPTA/IPTS antaranya ialah :
- Menyediakan pendidikan kemahiran dan vokasional secara percuma di Kolej INPENS bagi belia yang ingin meneruskan pembelajaran tanpa mempunyai latar belakang pendidikan.
- Program Latihan Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor (RKRS) iaitu sebuah program latihan keusahawanan dalam bidang Mobile SPA, Penyelenggaraan Penyaman Udara, Penternakan, Bakeri, Percetakan Segera, Jahitan Pakaian, Penjagaan Awal KanakKanak, Makanan Ringan (cendul dan laksa), Penyelenggaraan Penyaman Udara, Mutawwif, Rawatan Wanita Selepas Bersalin dan Jurubekam Klinikal Bertauliah. Program ini yang diberikan secara percuma merangkumi beberapa kategori iaitu belia, suri rumah, pesara dan ibu tunggal;
- Program Strategi Peningkatan Kemahiran Belia atau Youth Enhancement Strategy Selangor (YES) yang memberi fokus kepada belia yang tidak mempunyai akademik cemerlang untuk menjalani latihan di Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC) bagi meningkatkan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu seterusnya membolehkan mereka mendapat pekerjaan selepas tamat latihan; dan
- Program Graduate Employability and Enhancement Selangor (PROGRES) merupakan program yang diperkenalkan pada tahun 2016 untuk memberi peluang kepada belia-belia yang masih belum mendapat pekerjaan untuk menjalani latihan meningkatkan kemahiran kebolehpasaran belia khususnya di Selangor termasuk penempatan di syarikat-syarikat terpilih.