Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

183) ADAKAH PROJEK KHAS MIKRO BAGI MEMPASTIKAN BEKALAN MAKANAN KELUARGA MENCUKUPI TERUTAMA DI KALA EKONOMI NEGARA DAN PENGANGGURAN MENINGKAT?

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Khususnya bagi kawasan pinggiran bandar besar , adakah pakej khas spt benih sayur/buah, baja dll yang boleh disalurkan kepada ketua keluarga yang berminat?

    Kerajaan Negeri mempunyai beberapa program yang mengkhususkan kawasan bandar/pinggir bandar untuk terlibat dalam pengeluaran makanan untuk keperluan isi rumah. Jabatan Pertanian mempunyai program pertanian bandar yang boleh membantu memberi pakej khas seperi baja, benih sayur dan buah kepada komuniti yang berminat. Selain daripada itu, pihak PBT juga turut menyediakan beberapa kemudahan seperti kebenaran menggunakan tanah PBT bagi tujuan bercucuk tanam.

  2. Apakah ada Projek khas sumber protein seperti ternakan ikan kecil kecilan di kawasan ramai golongan miskin?

    Jabatan Perikanan Selangor telah mengadakan program yang membekalkan satu set tangki akuaponik bagi peserta yang berminat. Tangki akuaponik membolehkan ternakan ikan dijalankan secara kecil-kecilan di kawasan rumah. Najis dan sisa makanan ikan ini pula boleh dijadikan sumber nutrien bagi sayur yang ditanam di atas tangki. Sehingga kini seramai 78 peserta telah mendapat manfaat daripada program yang dikelola oleh Jabatan Perikanan.

Lampiran

Tiada Lampiran.