Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

180) PBT- PERTUMBUHAN PERNIAGAAN KECIL (MAKANAN)

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan/polisi PBT-PBT di Selangor dalam menggalakkan pertumbuhan perniaga kecil khususnya dalam penyediaan makanan seperti gerai, kiosk dan kiosk bergerak bagi memenuhi permintaan yang meningkat di sudut lokasi dan program?

    Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan telah menyediakan Garis Panduan Trak Bergerak Makanan, Barangan dan Perkhidmatan Negeri Selangor bagi memberi peluang kepada pengusahapengusaha untuk berniaga secara berlesen di kawasan yang telah ditetapkan oleh PBT. PBT turut menyediakan lokasi khas bagi membantu peniaga trak bergerak (food truck) beroperasi secara berlesen dan persatuan peniaga ini turut dijemput ke program-program anjuran Kerajaan Negeri dalam usaha membantu dan menggalakkan peniaga ini menjana pendapatan.

  2. Sila nyatakan perancangan jangka panjang dan jangka pendek (penjualan bermusim)

    Berikut adalah perancangan jangka panjang dan jangka pendek PBT untuk penjualan bermusim :

    Jangka Panjang

    1. Penyediaan tapak penjaja-penjaja secara berpusat;
    2. Memasukkan lokasi perniagaan sebagai lokasi yang patut dilawati dalam kawasan Majlis; dan
    3. Fi Permit dikecualikan bagi penjaja makanan (dasar Kerajaan).

    Jangka Pendek

    1. Penyediaan tapak sementara penjaja-penjaja secara berpusat;
    2. Kebenaran perniagaan bersifat sementara dan dalam tempoh singkat bagi membolehkan pemantauan dilakukan secara berterusan; dan
    3. Fi Permit dikecualikan bagi penjaja makanan (dasar Kerajaan).

Lampiran

Tiada Lampiran.