Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
177) PRESTASI SEKTOR PEMBUATAN
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan nilai sumbangan terkini sektor pembuatan terhadap perkembangan ekonomi negeri?
Nilai sumbangan sektor pembuatan Negeri Selangor kepada ekonomi negara adalah seperti jadual di bawah:
Tahun
Nilai Sumbangan (RM juta)
2010 54,869 2011 57,576 2012 60,648 2013
62,811 2014 66,964 2015 70,579 Pada tahun 2010, nilai sumbangan Negeri Selangor dalam sektor pembuatan adalah sebanyak RM54,869 manakala pada tahun 2011 adalah sebanyak RM57,576. Tahun 2012 sehingga 2013 nilai sumbangan meningkat kepada
RM60,648 dan RM62,811. Pada tahun 2014, nilai sumbangan adalah sebanyak RM66,964 juta dan terus meningkat pada tahun 2015 dengan nilai sebanyak RM70,579.
(Sumber : Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN)
-
Nyatakan produk-produk pertanian negeri kini yang berdaya maju?
Produk – produk Negeri Selangor yang berdaya maju adalah seperti;-
- Produk Elektrik dan Elektronik. ii. Aero Angkasa
- Produk Berasaskan Getah
- Produk Berasaskan Plastik
- Produk Berasaskan Petroleum
- Oleo – Chemicals
-
Apakah strategi dan prospek untuk sektor pembuatan negeri?
Dalam meningkatkan prestasi pelaburan negeri, Kerajaan Negeri memberi tumpuan untuk menarik pelaburan dalam industri berteknologi tinggi, Kerajaan
Negeri memberi tumpuan kepada 5 sektor industri utama iaitu;-
- Elektrik & Elektronik (Electrical & Electronics). ii. Peralatan Pengangkutan (Transport Equipments). iii. Sains Hayat (Life Sciences). iv. Makanan (Food Industries).
- Mesin & Peralatan (Machinery & Equipments).
Daripada beberapa sektor industri utama tersebut, beberapa bidang industri tumpuan telah dikenalpasti berpotensi untuk berkembang di negeri Selangor seperti;-
- e-Commerce
- Bio – Teknologi
- Aero – Angkasa
- Industri Halal