Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
175) AKTIVITI PERNIAGAAN PREMIS BERI BURUK/ BARANG LUSUH MASIH AKTIF DIKAWASAN PERUMAHAN/PENDUDUK DI DUN MERU. DIBAWAH PROGRAM PEMUTIHAN, PEMBERIAN NOTIS DAN TAKLIMAT KEPADA PENGUSAHA PADA MAC 2015 TELAH DILAKSANAKAN OLEH MPK
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah bilangan yang telah menerima notis ini?
Sejumlah 167 premis telah menerima notis iaitu 91 premis (mengemukakan kebenaran merancang) dan 76 premis (berpindah ke zon industrti).
-
Berapakah bilangan yang telah berpindah, masih meneruskan aktiviti dan janji pindah?
Terdapat 5 premis yang telah mendapat kelulusan Kebenaran Merancang.
-
Adakah pihak pejabat Daerah/Tanah telah dimaklumkan tentang salah guna tanah serta notis kesalahan di bawah akta PBT kepada pengusaha?
Majlis Perbandaran Klang telah mengemukakan Salinan maklumat premis kepada pihak Pejabat Tanah/Daerah Klang untuk tindakan di bawah Kanun Tanah Negara.