Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
169) PROSES PERWARTAAN JETI NELAYAN SEKINCHAN
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini proses perwartaan tersebut.
Maklumbalas oleh Pejabat Daerah/Tanah Sabak Bernam
MMKN ke 20/2017 pada 14 Jun 2017 telah meluluskan perizaban di bawah Seksyen 62, Kanun Tanah Negara bagi tujuan jeti/pelantar ikan di Plot 1 berkeluasan 104,046.812 meter persegi dengan melantik Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai Pegawai Pengawal dan diselenggara oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).
Seterusnya, Pejabat Tanah Sabak Bernam (PTSB) telah mengemukakan Permohonan Ukur (PU) kepada pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) bagi penyediaan Pelan Akui (PA) pada 11 Julai 2017 sebelum diangkat untuk penyiaran warta.
Di samping itu, MMKN ke 20/2017 pada 14 Jun 2017 telah meluluskan permohonan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) di bawah Seksyen 65, Kanun Tanah Negara ke atas Tanah Rizab Kerajaan Di Bagan Sekinchan, Pekan Sekinchan, Daerah Sabak Bernam bagi tujuan Jeti (Pelantar Ikan) daripada Yeoh Sy Jium (No. K/P: 760824-10-5019) dan 85 pemohon lain.
Walaubagaimanapun, Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri Kawasan Sekinchan melalui surat bertarikh 5 Julai 2017 telah mengemukakan surat rayuan untuk pengecualian denda yang dikenakan di bawah Pekeliling PTGS Bil. 4/2015 terhadap kelulusan LPS tersebut. PTSB telah mengemukakan minit bebas untuk pertimbangan MMKN pada 7 Julai 2017 berhubung perkara ini.
-
Sila nyatakan apakah kekangan yang dihadapi oleh KNS dalam proses mempercepatkan usaha tersebut
Maklumbalas oleh Pejabat Daerah/Tanah Sabak Bernam
Kekangan ini dijangka wujud di peringkat kerja-kerja ukur kadaster oleh pihak JUPEM bagi tujuan penyediaan PA.
Maklumbalas oleh Lembaga Urus Air Selangor
MMKN memutuskan untuk LUAS membuat perancangan jangka panjang bagi pembangunan jeti di kawasan ini berdasarkan Kajian Pengurusan Jeti Negeri Selangor. Mesyuarat juga mencadangkan penggabungan beberapa buah jeti sedia ada bagi memudahkan pengurusan dan menjamin keselamatan.
Beberapa siri perbincangan lanjut bersama semua pihak berkepentingan dan agensi akan dijalankan bagi mengenalpasti jeti-jeti yang akan digabungkan. Pembinaan jeti awam dicadangkan bagi mengoptimakan penggunaan jeti di Bagan Sekinchan.
-
Sila nyatakan berapakah tempoh masa yang masih diperlukan untuk menyelesaikan isu perwartaan tersebut.
Maklumbalas oleh Pejabat Daerah/Tanah Sabak Bernam
Tempoh masa yang akan diperlukan adalah 7 bulan. Kerja-kerja ukur kadaster bagi penyediaan Pelan Akui akan mengambil masa tidak melebihi 180 hari (6 bulan) dari tarikh penerimaan Permohonan Ukur yang lengkap dan teratur (berdasarkan piagam pelanggan JUPEM). Manakala proses penyediaan dan penyiaran warta akan mengambil masa selama 14 hari dari tarikh permohonan dan PA diterima.
Maklumbalas oleh Lembaga Urus Air Selangor
Kerajaan Negeri memberikan tempoh selama 2 tahun bagi LUAS melaksanakan pelan jangka panjang bagi pembangunan jeti di mana LUAS perlu mengenalpasti lokasi bagi pembinaan jeti awam dan jeti-jeti sedia ada yang akan digabungkan.
MAKLUMAT TAMBAHAN
KRONOLOGI PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN PENGURUSAN JETI BAGI
KAWASAN BAGAN SEKINCHAN
TARIKH PERKARA 2013 Inventori yang dijalankan di seluruh Negeri Selangor mendapati sebanyak 1350 buah jeti yang telah dibina yang merangkumi 1304 buah jeti nelayan dan 46 buah jeti komersial Kerajaan Negeri melalui MMKN Bil 18/2013 telah mengarahkan agar satu kajian berkenaan jeti dilaksanakan Okt 2013 UPEN telah melantik KI Integrated Consultant Sdn. Bhd. sebagai juru perunding untuk menjalankan kajian dalam tempoh 6 bulan 25 Jun 2014 MMKN Bil. 25/2014 memutuskan satu bengkel perlu dijalankan bagi membentangkan hasil Kajian Pengurusan Jeti Negeri Selangor 4 Sept 2014 Bengkel Pelaksanaan Hasil Kajian Pengurusan Jeti Negeri Selangor diadakan 24 Okt 2014 Program Turun Padang YAB Menteri Besar ke Daerah Sabak Bernam mengesyorkan tapak jeti diwartakan sebagai kegunaan awam 24 Jun 2015 MMKN Bil. 20/2015 telah meluluskan Pelaksanaan Pelan Tindakan Pengurusan Jeti Negeri Selangor 25 Ogos 2015 Pemakluman kepada semua Pentadbir Tanah, Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi-agensi yang berkaitan bagi 5 daerah yang terlibat 24 Nov 2015 Taklimat Pelaksanaan Pelan Tindakan Pengurusan Jeti Bagi Kawasan Sekinchan diadakan 29 Dis 2015 Semakan semula bancian jeti-jeti di kawasan Bagan Sekinchan untuk tindakan lanjut pengukuhan dan pewartaan Semakan semula telah mengenalpasti 89 buah jeti.
Julai 2016 Pengemukaan pelan ukur bagi permohonan LPS dan pewartaan dikemukakan Permohonan dikemukakan bagi 86 buah jeti
29 Nov 2016 Mesyuarat Status Terkini Pelan Tindakan Pengurusan Jeti Negeri Selangor Bagi Kawasan Sekinchan diadakan 14 Jun 2017 MMKN Bil 20/2017 memutuskan untuk LPS diluluskan bagi tempoh 2 tahun di bawah Seskyen 65, KTN. MMKN juga meluluskan perizaban di bawah Seksyen 62, KTN