Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

158) ANTARA PENGGANTIAN PAIP AIR DAN AIR PERCUMA

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Paip pecah sering berlaku kerana usia paip yang lama. Berapa panjang paip yang perlu ditukar segera berbanding peruntukan yang ada bagi menggantikan paip tersebut?

    Paip air lama yang pecah sering kali berlaku ke atas paip jenis „simen asbestos‟. Terdapat 6,000km paip simen asbestos di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Penggantian paip jenis ini akan akan dilaksanakan secara berperingkat berpandu kepada senarai kritikal. Sehingga kini, peruntukan yang ada hanya untuk program penggantian paip air lama sepanjang 422.5km.

  2. Bagaimana jika air percuma diberi kepada yang perlu dan penjimatan tersebut diguna membiayai penukaran paip?

    Mengikut rekod, Kerajaan Negeri telah belanja RM172 juta untuk pemberian air percuma pada tahun 2016. Ini bermakna, sekiranya 20% penggunaan air percuma dibayar kepada rakyat yang perlu, 80% atau RM137 juta boleh digunakan untuk membiayai program penggantian paip air lama.

    Walau bagaimanapun, sebelum Kerajaan Negeri membuat keputusan, kajian terperinci perlu dilaksanakan berhubung impak perubahan kepada dasar tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.