Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

156) LANJUTAN PAJAKAN HAK MILIK SEMENTARA

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah permohonan lanjutan pajakan hak milik sementara yang telah diluluskan dengan bayaran premium satu ribu ringgit mengikut daerah.

    Jumlah permohonan lanjutan Hak Milik Sementara yang telah diluluskan dengan bayaran premium satu ribu ringgit adalah sebanyak 6,108 permohonan dengan bayaran premium berjumlah RM 6,108,000.00. Butiran mengikut daerah adalah seperti berikut;

     

    DAERAH

     

    JUMLAH PERMOHONAN YANG DILULUSKAN

     

    PREMIUM NOMINAL

    RM1,000 

    (RM)

     

    Hulu Selangor 147 147,000
    Kuala Langat 53 53,000
    Petaling 726 726,000
    Hulu Langat 222 222,000
    Sepang 166 166,000
    Klang 66 66,000
    Sabak Bernam 686 686,000
    Kuala Selangor 1,237 1,237,000
    Gombak 2,805 2,805,000
    JUMLAH 6,108 6,108,000

    Sumber: Pejabat Tanah dan Daerah (PTD)

  2. Nyatakan tempoh masa yang diperlukan bagi proses permohonan dari peringkat kelulusan sehingga pengeluaran geran baru.

    Tempoh masa yang diperlukan bagi proses permohonan dari peringkat kelulusan sehingga pengeluaran geran baru adalah selama 6 bulan. Walaubagaimanapun, pengeluaran geran baru adalah tertakluk kepada pembayaran premium yang diterima daripada pemohon.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.