Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

155) KARNIVAL SIHAT SELANGOR (KSS)

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah KSS sehingga kini?

    PBT TARIKH
    MBPJ 30 Julai 2017

    Program Karnival Sihat Selangor (KSS) telah dijalankan sejak tahun 2014 oleh semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor. Program ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial Kerajaan Negeri di dalam memberi kesedaran awam mengenai penjagaan kesihatan serta amalan gaya hidup sihat. Program ini telah dilancarkan pada 15 Februari 2014 oleh Y.A.B Dato‟ Menteri Besar Selangor di Stadium Kajang.

    Objektif utama bagi pelaksanaan Pogram KSS ini adalah untuk memberi kesedaran awam mengenai kepentingan amalan gaya hidup sihat dan cergas dan memupuk amalan bersenam dan beriadah di kalangan masyarakat. Antara pengisian di dalam program KSS adalah seperti berikut:

    1. Aktiviti Berjalan Kaki 10,000 Langkah;
    2. Aktiviti Kayuhan Jantungku;
    3. Aktiviti Senamrobik;
    4. Program Saringan Sihat Selangor (3S); V. Promosi Skim Peduli Sihat (SPS);
    5. Promosi Bantuan Kesihatan Sihat Selangor;
    6. Promosi kesihatan oleh JKNS;
    7. Pemeriksaan MAMOGRAM oleh MAKNA;
    8. Promosi pemakanan sihat;
    9. Program kesedaran denggi;
    10. Program derma darah oleh Pusat Darah Negara / Hospital;
    11. Jualan produk-produk kesihatan; dan XIII. Penglibatan Pusat Berdaya Wanita (PWB).

    Sehingga bulan Jun 2017, sebanyak 38 program KSS telah dilaksanakan oleh semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), manakala 10 program KSS lagi akan dilaksanakan pada tarikh yang telah ditetapkan seperti berikut:

    MPKJ 12 Ogos 2017
    MPAJ 20 Ogos 2017
    MDKL 27 Ogos 2017
    MPSP 9 September 2017
    MDSB 10 September 2017
    MPS 16 September 2017
    MBSA 30 September 2017
    MDHS 7 Oktober 2017
    MDKS 28 Oktober 2017
  2. Nyatakan jumlah penyertaan dalam KSS?

    Program KSS semakin mendapat sambutan di kalangan masyarakat di Negeri Selangor dengan jumlah peserta yang semakin meningkat setiap tahun. Jumlah peserta yang menyertai program KSS di setiap PBT bagi tempoh tiga (3) tahun terkini (2014 – 2016) adalah seperti jadual berikut :

    PBT JUMLAH PESERTA (ORANG)
    2014 2015 2016
    MBSA 1,000 1,400 2,500
    MBPJ 1,000 1,500 1,800
    MPK 550 900 1,600
    MPSJ 500 650 1,237
    MPAJ 500 500 800
    MPKJ 1,200 1,400 1,800
    MPS 600 450 350
    MPSP 500 1,500 2,800
    MDKL 1,000 1,500 1,800
    MDKS 200 782 1,300
    MDHS 500 600 1,000
    MDSB 1,500 2,000 4,000
    JUMLAH KESELURUHAN 9,050 13,182 20,987
  3. Apakah penanda aras kejayaan atau kegagalan pelaksanaan KSS?

    Pelaksanaan KSS sepanjang tempoh ini menunjukkan sambutan positif masyarakat dengan peningkatan peserta dari tahun ke tahun. Ini membuktikan pelaksanaan KSS ini berjaya mencapai matlamat asal, iaitu memberi kesedaran awam mengenai penjagaan kesihatan serta amalan gaya hidup sihat.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.