Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

153) JABATAN KERJA RAYA BAGI JALAN FT 54 KUALA SELANGOR DARI CALTEX SEHINGGA MASJID AL HUDA

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah JKR Petaling dapat mewujudkan pembahagi jalan bagi mengelakkan kemalangan akibat kenderaan yang keluar dari Jalan Baie dan yang sering membuat U Turn ?

    Pembinaan pembahagi jalan tersebut akan dilaksanakan bersama dengan pakej  menaiktaraf persimpangan empat Jalan Rahidin / Jalan Kuala Selangor

  2. Bilakah simpang Rahidin dapat dijadikan sebagai simpang empat bagi tujuan pengguna ke Masjid Al Huda ?

    JKR Daerah Petaling telah menyediakan reka bentuk dan anggaran kos, walau bagaimanapun terdapat kekangan pelaksanaan yang melibatkan setinggan di kawasan persimpangan. Sehingga kini pengguna masjid masih boleh menggunakan jalan masuk sedia ada ke Masjid.

Lampiran

Tiada Lampiran.