Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

150) DASAR PENCEGAHAN GANGGUAN SEKSUAL SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah mekanisme pencegahan gangguan seksual sedia ada di bawah Kerajaan Negeri Selangor?

    Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor memandang serius terhadap gangguan seksual yang berlaku di bawah Pentadbiran Negeri Selangor. Mekanisme yang diguna pakai bagi mencegah isu gangguan seksual ini adalah melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 22 Tahun 2005 : Garis Panduan Mengendalikan Gangguan Seksual Di Tempat Kerja Dalam Perkhidmatan Awam telah menerangkan secara jelas mekanisme dan program yang boleh dilaksanakan bagi mencegah gangguan seksual.

  2. Berapa laporan kes yang diterima tentang gangguan seksual di tempat kerja dan awam di Selangor?

    Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor telah menubuhkan Unit Integriti pada 1 Julai 2014. Terkini hanya terdapat satu aduan telah diterima yang membabitkan gangguan seksual yang membabitkan penjawat awam. Bagi kes gangguan seksual yang melibatkan orang awam, segala aduan adalah di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM).

  3. Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan mengadakan Dasar Pencegahan Gangguan Seksual untuk Selangor?

    Buat masa ini, Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor hanya mengguna pakai Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 22 Tahun 2005 sebagai Garis Panduan Mengendalikan Gangguan Seksual Di Tempat Kerja Dalam Perkhidmatan Awam. Matlamat utama garis panduan ini adalah bersifat untuk mendidik, memberi kefahaman perkhidmatan kaunseling dan sebagai tindakan pencegahan bagi mengelakkan perbuatan serta salah laku yang boleh dikategorikan sebagai gangguan seksual. Garis Panduan ini mengandungi huraian lanjut berhubung kategori dan jenis perlakuan gangguan seksual, kesan-kesannya, tindakan untuk mengendalikan gangguan seksual di tempat kerja dan langkah-langkah pencegahan.

Lampiran

Tiada Lampiran.