Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

149) PERANCANGAN KONTIGENSI PENGURUSAN SAMPAH DI MUSIM PERAYAAN

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan pelan khusus musim perayaan bagi kutipan sampah domestik dari segi kekerapan kutipan di semua PBT.

    Kekerapan kutipan sampah domestik dan sampah pukal semasa musim perayaan adalah sama seperti jadual dan kekerapan kutipan sampah pada hari biasa sepertimana yang terkandung di dalam dokumen kontrak di antara PBT dengan pihak kontraktor pemungutan sampah yang telah dilantik.

    Namun demikian, bagi kawasan hotspot PBT akan mengarahkan kontraktor membuat jadual kutipan sampah dengan lebih kerap pada hari musim-musim perayaan terutamanya pada hujung minggu, iaitu hari Sabtu dan Ahad.

    Selain itu, bagi memastikan kutipan sampah sentiasa dilaksanakan dengan teratur pada musim perayaan, PBT Negeri Selangor telah mengambil langkah-langkah seperti berikut:-

    • Mengingatkan kontraktor kutipan sampah masing-masing supaya bersedia dengan peningkatan sampah di musim perayaan dan bersedia dengan lori back-up dengan kadar segera sekiranya lori sedia ada tidak dapat menampung jumlah sampah yang banyak semasa tempoh kutipan;
    • Meningkatkan pemantauan di lapangan dan mewujudkan kakitangan khas yang bertugas semasa musim perayaan; dan
    • PBT membuka bilik gerakan atau unit tindakan khas bagi menangani aduan sampah.
    • Pada masa yang sama, setiap PBT juga mempunyai pendekatan tersendiri bagi memastikan kutipan sampah diuruskan dengan baik pada musim perayaan seperti berikut:
    • Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan 142 tong / lokasi tong sampah ”RORO” seberat 3 tan untuk kegunaan penduduk membuang sampah pukal secara berperingkat;
    • Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mengarahkan kontraktor membuat kutipan sampah pukal dan sampah domestik yang lebih kerap. Contohnya, kutipan sampah domestik sewaktu hujung minggu Sabtu dan Ahad supaya tiada lebihan sampah pada hari berikutnya sehingga hari perayaan. Manakala sampah pukal dikutip sebanyak tiga (3) kali seminggu di kawasankawasan yang dikenali sebagai hotspot;
    • Majlis Perbandaran Klang (MPK) menyediakan Unit Sokongan „Inhouse‟ bagi mengatasi jumlah sampah yang meningkat pada musim perayaan. Bagi sampah pukal, MPK menyediakan perkhidmatan tong “RORO” berdasarkan permohonan daripada Persatuan Penduduk;
    • Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) menggerakkan unit „inhouse‟ bagi membantu kerja-kerja kutipan sampah longgok di tepi jalan dan menambah kekerapan kutipan sampah pukal dan kebun daripada dua (2) kali sebulan kepada empat (4) kali sebulan;
    • Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) menambah tong “RORO” di pasar awam dan di kawasan perumahan penduduk untuk kegunaan penduduk membuang sampah pukal;
    • Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) telah melaksanakan program „smart clean‟ dengan meletakkan tong RORO di lokasi yang telah ditetapkan; dan
    • Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) meggerakkan unit Inhouse bagi menyelesaikan kutipan sampah khususnya sampah-sampah pukal pada musim pra-perayaan dan menyediakan perkhidmatan sewaan “RORO” kepada orang awam.
  2. Nyatakan sekali pelan khusus untuk sampah pukal pra perayaan.

    Sama seperti di SUB(a)

Lampiran

Tiada Lampiran.