Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

147) KEMPEN BEBAS PLASTIK

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri melakukan kajian keberkesanan kempen tersebut?

    Kerajaan Negeri sedang menjalankan satu Kajian Berkaitan Kesedaran Pengguna Dan Penjagaan Alam Sekitar Terhadap Penerimaan Kempen Tanpa Beg Plastik Di Negeri Selangor bagi tempoh enam (6) bulan pertama pelaksanaan kempen, iaitu mulai Januari sehingga Jun 2017 yang bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas serta cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan. Kajian tersebut dijangka akan selesai sepenuhnya pada bulan Ogos 2017 kelak.

  2. Nyatakan perbelanjaan bagi melaksanakan kempen tersebut?

    Setakat 30 Jun 2017, kos perbelanjaan bagi Kempen Bebas Plastik adalah berjumlah RM213,678.30 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Tiga Belas Ribu Enam Ratus Tujuh Puluh Lapan Ringgit dan Tiga Puluh Sen Sahaja) dan butiran perbelanjaan adalah seperti berikut:

    BIL BUTIRAN PERBELANJAAN JUMLAH

    (RM)

    1. KEMPEN BEBAS PLASTIK

    Media social, penjenamaan, „messenging‟, Analisa,

    Pemantauan Media, Stiker Kereta, Risalah, Isi Kandungan Kempen, Mascot dan bahan-bahan promosi yang berkaitan kempen tersebut.

    139,463.30
    2. PEMBELIAN POSTER B.MELAYU, B.INGGERIS DAN MANDARIN UNTUK KEMPEN #BEBAS PLASTIK 15,000.00
    3. PEMBELIAN BUNTING UNTUK KEMPEN #BEBAS PLASTIK 39,450.00
    4. PEMBELIAN NON WOVEN BEG KEMPEN #BEBAS PLASTIK 19,765.00
    JUMLAH KESELURUHAN 213,678.30
  3. Apakah perancangan Kerajaan Negeri selepas ini?

    Kerajaan Negeri dan PBT akan meneruskan usaha untuk mendidik pengguna tentang tujuan kempen ini dilaksanakan dan menggalakkan pengguna untuk membawa beg sendiri sewaktu membeli-belah. Selain itu, peniaga juga akan terus dipantau bagi memastikan mereka mengikut syarat larangan penggunaan beg plastik dan polistirena. Usaha ini akan dilaksanakan dan dipantau secara berterusan agar dapat mencapai tujuan kempen kearah kesejahteraan rakyat Negeri Selangor.

    Walaupun pada awalnya kempen ini turut mendapat respon yang negatif, namun setelah enam (6) bulan pelaksanaannya, dapat dilihat pengguna di Negeri Selangor kebanyakannya mempunyai inisiatif untuk membawa beg sendiri ketika membeli-belah. Oleh yang demikian, pendidikan harus diteruskan di semua peringkat umur supaya kesedaran tentang kepentingan untuk menjaga kebersihan dapat dipupuk di kalangan rakyat Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.