Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
139) MASALAH PENANAMAN PADI DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan purata hasil tuaian padi musim pertama 2017 di Sekinchan?
Purata hasil padi Sekinchan pada musim tuaian pertama 2017 masih lagi di peringkat pengumpulan data. Data yang ada setakat ini adalah seperti berikut:
Site A : 5.725 tan/ha
Site B : 5.175 tan/ha
Site C : tiada maklumat
Walau bagaimanapun, data yang dinyatakan di sini masih belum lengkap dan kerja-kerja pengumpulan data sedang berjalan.
-
Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan hasil tuaian padi kian merosot ?
Antara punca utama hasil tuaian padi kian merosot adalah serangan penyakit seperti BLB yang menjadi wabak baru-baru ini. Wabak BLB mengurangkan diantara 10 hingga 60 peratus hasil tuaian. Selain daripada itu, serangan serangga seperti ulat pengore.k batang juga menyebabkan kerugian hasil.
-
Sila nyatakan apakah bantuan dan kaedah penyelesaian yang dikenalpasti bagi mengatasi masalah tersebut ?
Antara bantuan yang telah diberi bagi mengatasi masalah ini adalah pemberian input pertanian seperti racun kulat, baja silika dan baja natural farming. Selain daripada itu, petani turut dinasihatkan mengawal pergerakan jentera dan manusia di dalam sawah bagi mengawal perebakan penyakit ini.