Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
129) KES PENDERAAN KANAK-KANAK DI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah kes penderaan kanak-kanak yang telah dilaporkan dari 2014- 2016?
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Selangor menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah bertanggungjawab dalam memastikan kesejahteraan kanak-kanak dengan melindungi mereka dari penderaan melalui peruntukan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.
Statistik tahun 2014 hingga tahun 2016 menunjukkan bahawa jumlah penderaan fizikal, emosi dan seksual terhadap kanak-kanak di negeri Selangor adalah berjumlah 2,211 kes seperti pecahan berikut:
Jenis Penderaan 2014 2015 2016 JUMLAH Fizikal 563 388 410 1,361 Emosi 39 22 35 96 Seksual 290 236 228 754 JUMLAH 892 646 673 2,211 Sumber: Bahagian Kanak-Kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri
Selangor
-
Apakah peranan Kerajaan Negeri bagi membendung masalah ini?
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui JKM bertanggungjawab untuk menyelamatkan kanak-kanak yang terlibat dalam kes penderaan seperti yang termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001. JKM akan memastikan kanak-kanak yang memerlukan perlindungan diselamatkan daripada kes penderaan dan seterusnya memberi perlindungan kepada kanak-kanak. Selain daripada itu, JKM juga menyediakan khidmat kaunseling kepada kanakkanak dan keluarga yang terlibat sekiranya memerlukan.
-
Nyatakan jumlah peruntukan untuk program kesedaran sekiranya ada?
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri dan JKM juga telah melaksanakan beberapa siri program kesedaran sepanjang tahun 2016 dan 2017 bagi meningkatkan kesejahteraan kanak-kanak: Antara program yang telah dilaksanakan dan jumlah peruntukan adalah seperti berikut:
BIL PROGRAM PERUNTUKAN (RM)
1. Seminar Literasi Media untuk Perlindungan Kanakkanak 41,500 2. Seminar Hak dan Keselamatan Kanak-kanak 76,050 3. Siri Kursus Intensif Perkembangan Kanak-kanak (KIPK) 105,000 4. Program “Big Girls Talk” 65,320 5. Program Selangor Kids Volunteerism 40,000 6. Kempen Keselamatan Kanak-Kanak Di Sekolah Sahabat Bijak: Safe & Protect 5,000 7. Program Kecerdasan Emosi 2,000 8. Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak (PPKK) 119,000 9. Program Smart Parenting 9,000 JUMLAH 462,870