Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

118) PENCAPAIAN BANTUAN GOLONGAN MISKIN

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah orang miskin yang telah diberi bantuan oleh kerajaan Selangor sejak 2008?

    Dalam melangkah maju kehadapan serta mendepani pelbagai cabaran ketidaktentuan ekonomi, kemiskinan merupakan fokus utama yang perlu ditangani hingga ke akar umbi. Justeru itu, di dalam hal ini, inisiatif dan usaha keras Kerajaan Negeri dapat dilihat melalui pelaksanaan pelbagai program bantuan dan pengupayaan ekonomi oleh pelbagai Jawatankuasa Tetap (STANDCO) serta Jabatan/ Agensi sejak tahun 2008 lagi.

    Berdasarkan rekod, seramai 762,841 orang* yang telah menerima manfaat daripada program-program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kemiskinan sejak tahun 2008. Namun begitu, jumlah ini tidak termasuk pelbagai program bantuan dan pengupayaan ekonomi daripada pelbagai Jawatankuasa Tetap (STANDCO) dan Jabatan/ Agensi.

     

    *Jumlah penerima manfaat mengikut program dan tahun adalah seperti di LAMPIRAN  1

    LAMPIRAN 1

    JUMLAH PENERIMA MANFAAT DI BAWAH JAWATANKUASA TETAP KEMISKINAN

    BAGI TAHUN 2008 HINGGA 2017 (DIKEMASKINI HINGGA JUN 2017)

    BIL. PROGRAM JUMLAH PENERIMA MANFAAT (ORANG)     JUMLAH
    TAHUN

    2008

    TAHUN

    2009

    TAHUN

    2010

    TAHUN

    2011

    TAHUN

    2012

    TAHUN

    2013

    TAHUN

    2014

    TAHUN

    2015

    TAHUN

    2016

    TAHUN

    2017

    (Dikemaskini hingga Jun

    2017)

    1. Program

    Pemberian

    Bantuan Secara Baucer untuk Rakyat Miskin

    Bersempena

    Perayaan :-

    i.      Tahun        Baru

    Cina;

    ii.     Hari           Raya

    Aidilfitri; dan iii. Deepavali.

            95,200 61,600 65,104 66,905 79,936 26,209 394,954
    2. Program      Bantuan

    Blueprint

    Pembasmian

    Kemiskinan

    100 334 245 353 252 186 523 404 504 363 3,264
    3. Program Back to School untuk

    Rakyat Miskin

    39,200 40,000 50,000 56,000 56,000 33,600 33,600 23,494 29,299 *Program belum dilaksanakan 361,193
    4. Program

    Kemahiran

    Teknikal

    280 324 359 416 366 456 359 247 310 286 3,403
    JUMLAH KESELURUHAN  39,580 40,658 50,604 56,769 151,818 95,842 99,586 91,050 110,049 26,858 762,814

     

  2. Berapakah lagi orang miskin yang tidak mendapat bantuan? Bagaimana kerajaan negeri mendapat angka tersebut?

    Ketika ini, Kerajaan Negeri tidak mempunyai sebarang data atau statistik bersepadu berhubung berhubung jumlah penduduk miskin di Negeri Selangor yang masih belum menerima manfaat daripada Kerajaan Negeri. Namun begitu, usaha membasmi kemiskinan sentiasa menjadi fokus utama Kerajaan Negeri dengan memastikan semua rakyat terutamanya golongan miskin sentiasa memperoleh manfaat. Menyedari hakikat ini, program-program bantuan dan program pengupayaan ekonomi sentiasa dipelbagaikan oleh Kerajaan Negeri dalam usaha mengupayakan rakyat untuk keluar daripada kitaran kemiskinan serta meningkatkan taraf ekonomi rakyat dari pelbagai dimensi.

  3. Apa perancangan kerajaan untuk mengatasi masalah kemiskinan secara berkesan di Selangor?

    Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dan komited dalam mencapai matlamat kemiskinan sifar dalam pelbagai dimensi. Pelbagai usaha terus dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam merealisasikan “Distributive Justice” kepada rakyat. Inisiatif dan usaha keras Kerajaan Negeri ini dapat dilihat melalui pelaksanaan pelbagai program bantuan oleh pelbagai Jawatankuasa Tetap (STANDCO) dan Jabatan/ Agensi untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi golongan berpendapatan rendah di samping mengurangkan bebanan kos sara hidup dari pelbagai aspek. Antara langkah-langkah dan inisiatif-inisiatif yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri sejak tahun 2008 lagi adalah seperti berikut:-

    i.Program Bantuan Perumahan

    Program Bantuan Perumahan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam memenuhi keperluan rakyat untuk memiliki rumah pada harga yang mampu dimiliki dan selesa untuk diduduki adalah Rumah Selangorku. Manakala bantuan skim pembiayaan perumahan adalah melalui Skim DanaSel dan Skim Selangor Smart Home Buyers. Skim Smart-Sewa pula diwujudkan bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan sederhana untuk menyewa dan akhirnya beupaya memiliki rumah di Negeri Selangor. Selain itu, Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin disasarkan khusus kepada golongan miskin yang menetap di rumah yang serba daif di mana rumah akan dibina dan diberikan secara percuma kepada yang layak.

    ii.Program Bantuan Pengupayaan Ekonomi

    Program-program Bantuan Pengupayaan Ekonomi pula adalah seperti Program HIJRAH, Dana Usahawan Mikro, Program Bantuan Makanan Asas (Food Stamp), Program Bantuan Nelayan/ Akuakultur, Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan, Program Pemberian Bantuan Secara Baucer untuk Rakyat Miskin Bersempena Perayaan serta pelbagai lagi Program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) seperti Program Air Bersih Percuma sebanyak 20 meter padu sebulan, Program Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Skim Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS),

    Hadiah Anak Masuk Universiti, Insentif Perkahwinan Belia dan lain-lain. Melalui program-program tersebut, ianya dijangka berupaya melonjakkan dan meningkatkan pendapatan golongan miskin yang akhirnya dapat mengeluarkan mereka daripada kitaran kemiskinan. Ini secara tidak langsung akan menghasilkan impak positif terhadap taraf dan kesejahteraan hidup rakyat secara berterusan.

    iii.Program Bantuan Peningkatan Tahap Kesihatan

    Program-program Bantuan Peningkatan Tahap Kesihatan seperti Skim Peduli Sihat, Program Dialisis Rakyat, Skim Pemeriksaan Mammogram dan Program Bantuan Kesihatan Sihat Selangor (merangkumi bantuan seperti Katarak Mata, Pembedahan Kecil, Lain-lain Rawatan dan Kaki Palsu) pula dilihat sebagai inisiatif Kerajaan Negeri untuk mengurangkan bebanan kos hidup rakyat melalui bantuan kesihatan ke arah melahirkan rakyat yang sihat dan cergas.

    iv.Program Bantuan Pengupayaan Pendidikan

    Terdapat pelbagai Program Bantuan Pengupayaan Pendidikan yang bukan sahaja berupaya memperkukuhkan daya saing graduan, malahan dapat mempertingkatkan kebolehpasaran mereka. Antaranya adalah seperti Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Kolej Antarabangsa INPENS, Selangor Business School dan Program Boot Camp Akademik. Manakala program-program yang dapat membantu meringankan bebanan rakyat melalui penajaan/ pembiayaan pendidikan pula adalah seperti Program Peduli Siswa, Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor, Biasiswa Selangor (untuk pelajar KUIS & UNISEL), Program Bantuan Sara Diri Pelajar (untuk pelajar KUIS, UNISEL dan INPENS), Program Kemahiran Teknikal (untuk pelajar INPENS), Program Tuisyen Rakyat, Program Bantuan Subsidi Tambang Bas Sekolah untuk Anak Pekerja Ladang, Program Bantuan Yuran Pengajian (IPTA/ IPTS) untuk Anak Pekerja Ladang dan Program Kecemerlangan UPSR untuk Anak Pekerja Ladang.

    Oleh yang demikian, bagi menjamin kesejahteraan dan kelangsungan hidup rakyat Negeri Selangor, isu kemiskinan perlu ditangani secara holistik, integrasi/ bersepadu dan sinergi bagi memastikan matlamat kemiskinan sifar di Negeri Selangor dapat dicapai.

Lampiran

Tiada Lampiran.