Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
106) PENGGUNAAN APPS WAZE DALAM PENYELESAIAN ADUAN RAKYAT TENTANG LUBANG JALAN
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang menggunakan waze untuk rakyat mengadu tentang lubang jalan.
Berikut merupakan senarai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah menggunakan Aplikasi Waze sebagai satu saluran alternatif kepada rakyat untuk membuat pelaporan keadaan jalan berlubang di negeri Selangor:
- Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
- Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
- Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)
- Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
- Majlis Perbandaran Klang (MPK)
- Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ)
- Majlis Perbandaran Selayang (MPS)
-
Senaraikan jumlah aduan yang diterima melalui waze mengikut pecahan PBT
Sehingga kini sebanyak 7861 pelaporan berkaitan keadaan jalan berlubang di negeri Selangor telah diterima. Perincian adalah seperti berikut:-
MBSA : 1016
MBPJ : 1787
MPSJ : 1062
MPAJ : 215
MPK : 1366
MPKJ : 1809
MPS : 606
-
Sejauh manakah keberkesanan waze ini dalam menyelesaikan aduan rakyat dengan cepat berbanding SOP PBT sedia ada?
Aplikasi Waze ini berperanan sebagai satu saluran alternatif kepada rakyat untuk membuat pelaporan keadaan jalan berlubang di negeri Selangor. Berdasarkan analisa yang dilakukan bagi sukuan kedua (April – Jun 2017), kami dapat menterjemahkan keberkesanan Aplikasi Waze seperti berikut
-
- 65% telah berjaya diselesaikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan
- 93% masih di dalam tindakan pelaksanaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan
- 6.63% merupakan penyelesaian jangka panjang yang tertakluk kepada arahan atau kepatuhan audit atau pelaksanaan secara projek. Contoh projek MARRIS
- 64% bukan di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan. Contoh jalan di bawah bidang kuasa JKR, Lembaga Lebuhraya, dan lain-lain
- 91% merupakan pelaporan palsu ataupun tidak tepat
- 22% merupakan pelaporan bertindih
-