Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

99) MAKHLUK PEROSAK TANAMAN

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu menyelesaikan permasalahan gangguan dan serangan monyet, kera, lotong dan babi hutan ke atas tanah-tanah pertanian?

    Jabatan Pertanian melalui Bahagian Biosekuriti tanaman dengan kerjasama Jabatan Perhilitan menyediakan perangkap-perangkap bagi musuh-musuh tanaman seperti kera, monyet dan babi hutan. Prinsip utama pengawalan perosak ini adalah untuk mengawal populasi perosak seperti kera dan babi hutan. Untuk rekod, pada tahun lalu, Jabatan Pertanian telah memindahkan 1,520 ekor kera dan 620 ekor sehingga Jun 2017 yang mengganggu tanaman dengan kerjasama Jabatan Perhilitan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.