Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
97) PENGANGGURAN BELIA
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan peratus pengangguran di kalangan belia Selangor?
Generasi Muda merupakan tonggak utama kepada pembangunan pesat Negara serta merupakan aset yang penting dan bernilai kepada sesebuah Negeri dan penggerak kepada tenaga kerja. Peratusan pengangguran Generasi Muda pada bulan Januari 2017 adalah sebanyak 3.2% dengan bilangan pengangguran adalah sebanyak 103,700 orang.
Jadual 1: Bilangan penganggur dan kadar pengangguran 2014, 2015, separuh tahun pertama 2015 (H1/2015) dan separuh tahun pertama 2016 (H1/2016), Malaysia dan Selangor
Tempoh Bilangan penganggur (‘000)
Kadar pengangguran (%) Malaysia Selangor Malaysia Selangor 2014 411.1 62.4 2.9 2.0 2015 450.3 77.9 3.1 2.4 H1/2015 443.9 73.9 3.1 2.3 H1/2016 501.6 103.7 3.4 3.2 Sumber: Penyiasatan Tenaga Buruh, Jabatan Perangkaan Malaysia
-
Adakah tahap pengangguran ini membimbangkan Kerajaan Negeri? Bagaimanakah kedudukan Selangor jika dibandingkan dengan negeri yang lain?
Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda dan Sukan sentiasa mencari pembaharuan dan amat menitikberatkan aspek pembangunan generasi muda dan sukan dalam usaha untuk melahirkan generasi muda yang sentiasa berdaya saing, bersatu-padu, bekerjasama, berwawasan, aktif dan sihat sejajar dengan arus pembangunan pada masa kini.
Sekiranya dilihat daripada angka yang diberikan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia iaitu sebanyak 3.2% adalah kadar pengangguran di Selangor lebih rendah daripada kadar pengangguran Malaysia. Tahap pengangguran ini adalah pada tahap yang tidak membimbangkan kerana kadar penyertaan tenaga buruh bagi Negeri Selangor adalah sebanyak 74.2%, tertinggi berbanding negeri-negeri lain.
-
Apakah langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah pengangguran ini dan nyatakan tahap keberkesanannya?
Dalam usaha untuk mengatasi masalah pengangguran, Kerajaan Negeri menyediakan pelbagai insentif kepada belia di Selangor terutamanya untuk menjadi usahawan yang berjaya dan juga untuk merangsang aktiviti keusahawanan belia di Selangor dengan bantuan perniagaan yang disediakan kepada anak muda.
Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Modal Insan, telah menganjurkan satu program Karnival Kerjaya dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja Selangor (JTK) dan Job Malaysia. Program yang dilaksanakan ini telah berjaya melibatkan bilangan pengunjung seramai 10,000 orang untuk mengisi 5,818 tawaran kekosongan jawatan. Program
Karnival Kerjaya (Job Fair) ini juga telah diadakan di daerah-daerah seperti Kuala Langat dan Kuala Selangor dengan sambutan yang menggalakkan dengan pengunjung yang melebihi 1000 orang setiap daerah.
Seterusnya, Kerajaan Negeri turut mengadakan program dan bantuan kepada belia bagi tujuan untuk memberi pendedahan kepada mereka untuk menceburi dalam bidang perniagaan dan keusahawanan seperti berikut :-
- Dana Usahawan Mikro Selangor; ii. Pameran/Ekspo ; iii. Karnival/Festival Usahawan; iv. Kursus/Latihan ;
- Program Peningkatan Keupayaan Reka Bentuk Pembungkusan Produk
Usahawan Negeri Selangor (4P); dan vi. Program Hijrah Selangor
Melalui program HIJRAH Selangor, pinjaman kewangan diberikan kepada golongan belia bagi memulakan perniagaan untuk menjadi usahawan berjaya melalui skim seperti berikut :-
JENIS SKIM PINJAMAN TEMPOH BAYARAN BALIK
SKIM 1 3,000.00- 5,000.00
25 minggu (6 bulan) Ditawarkan kepada semua peminjam yang
berkelayakan
Ditawarkan kepada semua peminjam yang berkelayakan
50 minggu (12 bulan) 100 minggu (24 bulan) 150 minggu (36 bulan) SKIM 2 6,000.00- 10,000.00
25 minggu (6 bulan) 50 minggu (12 bulan) 100 minggu (24 bulan) 150 minggu (36 bulan) SKIM 3 15,000.00- 20,000.00
25 minggu (6 bulan) Hanya ditawarkan kepada peminjam yang telah tamat pinjaman pusingan pertama dengan kredit disiplin yang
memuaskan
50 minggu (12 bulan) 100 minggu (24 bulan) 150 minggu (36 bulan) SKIM 4 30,000.00- 50,000.00
25 minggu (6 bulan) 50 minggu (12 bulan) 100 minggu (24 bulan) 150 minggu (36 bulan) Seterusnya, Kerajaan Negeri juga turut menganjurkan Program Pembangunan Usahawan di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi membantu golongan belia menjana pendapatan sendiri seperti program berikut :-
Bil Program Jenis Bantuan Jumlah Usahawan
1 Perintis Usahawan Bimbingan & Latihan 1,440 2. Tunas Niaga Bimbingan & Latihan 19,653 3 Kelab Permata Selangor Bimbingan & Latihan 11,406 4. GROW Bimbingan & Latihan 163 JUMLAH KESELURUHAN USAHAWAN BELIA 32,662 Selain itu, Kerajaan Negeri juga turut mengadakan Program Klinik Usahawan bagi memastikan belia usahawan sentiasa diberi latihan dan kursus bagi menjamin belia Selangor terus berjaya dalam bidang keusahawanan. Statistik program di bawah Program Klinik Usahawan adalah seperti jadual berikut :-
BIL TAHUN JUMLAH SEMINAR KURSUS/LAWATAN / BENGKEL / JUMLAH PESERTA 1. 2013 18 995 2. 2014 14 798 3. 2015 20 843 4. 2016 17 589 JUMLAH 69 3,225