Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
85) RUMAH KEBAJIKAN
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah rancangan Kerajaan dalam mewujudkan pangkalan data rumah-rumah kebajikan yang dikendalikan NGO/swasta?
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, semua rumah-rumah kebajikan yang dikendalikan oleh NGO / swasta yang menyediakan perkhidmatan jagaan bagi tujuan perlindungan, pengawasan, pemulihan dan latihan kepada penghuni sama ada secara harian atau berkediaman perlu didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sepertimana peruntukan di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 [Akta 506].
Jabatan Kebajikan Masyarakat telah pun mempunyai pangkalan data pusat jagaan yang berdaftar di bawah Jabatan termasuk rumah-rumah kebajikan.
Senarai pusat-pusat jagaan berdaftar ini boleh disemak menerusi laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat di alamat www.jkm.gov.my.
Sehingga Jun 2017, sebanyak 457 buah pusat jagaan di Negeri Selangor telah berdaftar dengan JKM dan senarai ini boleh disemak menerusi laman web seperti dinyatakan.
(Sumber : Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor)
-
Apakah garis panduan atau sistem pengawasan dalam memastikan institusiinstitusi tersebut menepati kepentingan awam?
Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Selangor telah mempunyai garis panduan atau sistem pengawasan dalam memastikan institusi-institusi rumah kebajikan menepati kepentingan awam telah pun sedia ada dan dikuatkuasakan oleh JKM sepertimana diperuntukkan di bawah Akta Pusat Jagaan. Antaranya adalah seperti berikut:-
(i) Semua rumah rumah-rumah kebajikan yang dikendalikan oleh NGO/swasta perlu didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sepertimana peruntukan di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 [Akta 506]. Sebelum sesuatu pusat jagaan didaftarkan oleh pihak Jabatan, pihak pengendali mestilah mematuhi syarat-syarat penubuhan pusat jagaan seperti berikut:
- Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau
Pendaftar Pertubuhan (ROS); ii. Mendapat sokongan atau kelulusan daripada agensi teknikal iaitu:
- Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
- Jabatan Bomba dan Penyelamat;
- Jabatan Kesihatan iii. Memenuhi standard minimum JKM iaitu:-
- Nisbah penjaga dengan penghuni :
- Kanak-Kanak bawah 4 tahun = 1 penjaga : 5 kanak-kanak
- Kanak-Kanak 4 hingga 18 tahun = 1 penjaga : 18 kanakkanak
- OKU = 1 penjaga : 10 orang
- OKU terlantar = 1 penjaga : 4 orang
- Warga Emas = 1 penjaga : 18 orang
- Warga Emas terlantar = 1 penjaga : 4 orang
- Penjaga warganegara atau bukan mestilah berumur 18 tahun ke atas;
- Mematuhi nisbah penghuni dengan ruang lantai iaitu:
- Kanak-kanak bawah 10 tahun adalah 3.5 meter persegi;
- OKU adalah 3.5 meter persegi;
- Remaja adalah 3.0 meter persegi; dan
- Warga Emas adalah 3.0 meter persegi
- Pengendali perlu menyediakan dan mempamerkan jadual menu makanan yang seimbang dan jadual aktiviti mengikut peringkat umur dan keperluan penghuni;
- Pusat jagaan hendaklah mempunyai kemudahan, peralatan dan perabot yang sesuai, selamat dan mencukupi bagi keperluan penghuni;
- Menyedia dan menyelenggara rekod-rekod di pusat jagaan; dan
- Menjaga kebersihan dan keselamatan di dalam dan luar premis pusat jagaan.
- Selain itu, mekanisme pemantauan yang dilaksanakan ketika ini adalah menerusi pemeriksaan yang dijalankan oleh Pegawai Diberi Kuasa Pusat Jagaan yang telah diwartakan di bawah Akta ini. Pemeriksaan ini akan dilaksanakan secara berkala ataupun mengejut bagi memastikan pusat jagaan sentiasa patuh dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
Sehingga Jun 2017, sebanyak 146 buah pusat jagaan telah dibuat pemeriksaan oleh Pegawai Diberi Kuasa Pusat Jagaan.
- Manakala tindakan penguatkuasaan juga akan dikenakan terhadap pengendali yang gagal mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan.
Sehingga Jun 2017, sebanyak 11 kertas siasatan telah dibuka atas kesalahan yang dilakukan di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 dan PeraturanPeraturan Pusat Jagaan 1994. Manakala 7 buah pusat jagaan telah diambil tindakan penguatkuasaan di bawah Akta dan Peraturan.
Semua pemeriksaan dan tindakan penguatkuasaan yang dijalankan adalah bertujuan untuk memastikan pusat jagaan mematuhi peraturan yang ditetapkan serta demi menjamin kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada orang ramai adalah memuaskan.
(Sumber : Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor)
-
Adakah Kerajaan mempunyai rancangan mewujudkan pusat-pusat pemulihan dan pendidikan untuk kanak-kanak autism, down syndrome?
Buat masa ini, Kerajaan Negeri belum mempunyai rancangan untuk mewujudkan pusat pemulihan dan pendidikan kepada kanak-kanak autism atau down syndrome. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui Belanjawan 2017 telah memperuntukkan sebanyak RM 3 juta kepada institusi atau badan kebajikan yang menyediakan Program Intervensi Awal (Early Intervention Programme –EIP) di Selangor untuk golongan kanak-kanak berkeperluan khas menerima terapi dan pendidikan yang sempurna. Melalui kaedah ini, lebih banyak institusi atau badan kebajikan yang mendapat manfaat daripada Kerajaan Negeri dan seterusnya membantu mereka untuk meningkatkan perkhidmatan EIP di Negeri Selangor.