Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

84) MENAIK TARAF JALAN NEGERI B131 DAN PERSIMPANGAN JALAN PERSEKUTUAN FT54

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Dewan pernah diberitahu pada sidang 2013/2014 bahawa pelebaran jalan FT54 dan B131 (Jalan Kubu Gajah) akan dimulakan di bawah RMK11 Apakah status perancangan tersebut?

    Projek ini telah diluluskan di bawah RMKe-11 di bawah butiran projek 04103 – Menaiktaraf Dua Persimpangan di Jalan Merbau Sempak B131 – FT54 dengan kos projek sebanyak RM15,000,000.00. Siling RMKe-11 bagi butiran projek ini adalah sebanyak RM500,040.00. Status pelaksanaan projek ini ialah pelantikan perunding akan dilaksanakan pada 2019.

  2. Bilakah projek tersebut akan dimulakan?

    Projek dijangka akan dimulakan pada tahun 2021.

Lampiran

Tiada Lampiran.