Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
82) SKIM PEDULI SISWA NEGERI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah permohonan bantuan Skim Peduli Siswa
Permohonan bagi Program Khas Peduli Siswa telah dibuka buat pertama kali pada 1 – 28 Februari 2017. Bagi sesi pertama tahun 2017 ini, Urus Setia telah menerima sebanyak 1,527 permohonan secara online.
-
Nyatakan jumlah penerima Skim Peduli Siswa mengikut universiti dan jumlah bantuan yang diterima.
Berikut merupakan jumlah penerima dan anggaran jumlah perbelanjaan tahunan Peduli Siswa bagi Sesi Pertama tahun 2017 mengikut pecahan universiti:
UNIVERSITI JUMLAH PENERIMA JUMLAH TAJAAN SETAHUN (RM) Universiti Teknologi MARA Kampus Selangor 189 1,227,600.00 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 102 663,000.00 Universiti Putra Malaysia 53 350,000.00 Universiti Kebangsaan Malaysia 80 524,500.00 Jumlah Keseluruhan 424 2,765,100.00 Jumlah ini tidak termasuk bayaran balik yang dibuat oleh Lembaga Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi 111 penerima Peduli Siswa Sesi Pertama ini yang dianggarkan berjumlah RM583,943.76.
Baki peruntukan akan digunakan untuk tajaan pelajar bagi Sesi Kedua tahun 2017 yang dijangkakan dibuka pada 1 – 31 Ogos 2017.
-
Siapakah yang bertanggungjawab menguruskan skim tersebut?
Program Khas Peduli Siswa diuruskan oleh Cawangan Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor selaku Urus Setia Lembaga Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor.