Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

78) PRESTASI PERBELANJAAN PERUNTUKAN PEMBANGUNAN NEGERI 2017

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Untuk peruntukkan pembangunan di Bajet Kerajaan Negeri Selangor 2017, berapakah peratus yang telah dibelanjakan? Sila nyatakan peratus ini mengikut jabatan

    Bagi tahun 2017, Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan peruntukan pembangunan sebanyak RM1.8 bilion bagi tujuan menampung pelaksanaan projek dan program pembangunan bagi sembilan (9) vot jabatan di Negeri Selangor. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 34.7% iaitu RM624,432,551.72 telah dibelanjakan/dalam tanggungan sehingga 30 Jun 2017 dengan perincian peruntukan dan prestasi perbelanjaan mengikut jabatan adalah seperti berikut:

    KOD JABATAN PERUNTUKAN 2017 (RM) PERBELANJAAN /

    TANGGUNGAN

    (RM)

    PRESTASI

    BELANJA   %

    P01 PEJABAT MB & SUK 1,107,877,500.00 449,206,896.96 40.5%
    P04 PERBENDAHARAAN NEGERI                  2,050,000.00                                  – 0.0%
    P08 JABATAN PERTANIAN                18,000,000.00 11,893,011.31 66.1%
    P10 JABATAN PERHUTANAN                  7,000,000.00 1,270,798.95 18.2%
    P12 JABATAN KERJA RAYA              390,000,000.00 93,321,168.60 23.9%
    P13 JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN              135,000,000.00 27,996,409.08 20.7%
    P14 JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR              128,500,000.00 38,434,113.53 29.9%
    P16 JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA                  4,097,500.00 751,684.41 18.3%
    P17 JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR                  7,475,000.00 1,558,468.88 20.8%
      JUMLAH 1,800,000,000.00 624,432,551.72 34.7%

     

  2. Sila jelaskan (a) terutamanya untuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pejabat Menteri Besar.

    Daripada RM1.8 bilion yang telah diluluskan pada tahun 2017, sebanyak RM1,107,877,500.00 diperuntukkan di bawah Vot P01 – Menteri Besar dan SUK dengan perincian peruntukan dan prestasi perbelanjaan sehingga 30 Jun 2017 mengikut jabatan adalah seperti berikut:

    BIL NAMA JABATAN PERUNTUKAN

    2017 (RM)

    BELANJA /

    TANGGUNGAN 

    2017 (RM)

    BAKI (RM) PRESTASI

    (%)

    1 Seksyen Makro Dan Penswastaan      421,379,380.00   151,167,152.88   270,212,227.12 35.9%
    2 Seksyen Pihak

    Berkuasa Tempatan

         166,750,000.00     28,020,259.39   138,729,740.61 16.8%
    3 Seksyen Sektoral 94,713,120.00     36,514,199.44     58,198,920.56 38.6%
    4 Seksyen Agihan Dan Pembangunan      269,454,960.00   182,219,465.43     87,235,494.57 67.6%
    5 Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 82,300,000.00     48,518,945.88     33,781,054.12 59.0%
    6 Bahagian Teknologi Maklumat 8,730,000.00       1,699,138.43       7,030,861.57 19.5%
    7 Perbadanan Adat

    Melayu Dan Warisan

    500,000.00          374,000.00          126,000.00 74.8%
    8 Perbadanan

    Perpustakaan Awam Selangor

    9,050,020.00          329,415.51       8,720,604.49 3.6%
    9 Lembaga Perumahan Hartanah Selangor 45,000,020.00                           –     45,000,020.00 0.0%
    10 Pejabat Menteri Besar           8,000,000.00          364,320.00       7,635,680.00 4.6%
    11 Lembaga Urus Air Selangor 2,000,000.00                           –       2,000,000.00 0.0%
      JUMLAH

    KESELURUHAN

      1,107,877,500.00    449,206,896.96    658,670,603.04  40.5%

    Berdasarkan jadual di atas, masih tiada perbelanjaan dibuat bagi Lembaga Perumahan Hartanah Selangor dan Lembaga Urus Air Selangor kerana penyaluran peruntukan akan disalurkan berdasarkan Surat Setuju Terima (SST) yang akan dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri untuk projek dan kajian yang telah diluluskan.

    Manakala prestasi perbelanjaan bagi Vot P12 – Jabatan Kerja Raya (JKR) adalah 23.9% bagi tujuan menampung pelaksanaan 95 buah projek fizikal manakala prestasi bagi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula sebanyak 20.7% iaitu sejumlah RM27,996,409.08 telah dibelanjakan daripada peruntukan RM135 juta bagi tahun 2017 untuk 104 projek yang telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe11) Negeri Selangor.

    Prestasi perbelanjaan pembangunan bagi tahun 2017 telah ditetapkan sebanyak 95% atau RM1.71 bilion dan semua jabatan komited untuk memastikan prestasi tersebut dapat dicapai dan memastikan semua pelaksanaan projek yang telah dirancang dibuat mengikut jadual.

    Mekanisme pemantauan pelaksanaan projek-projek pembangunan negeri bagi tahun 2017 di peringkat Kerajaan Negeri dibuat melalui Jawatankuasa Tetap Kewangan yang dipengerusikan oleh YAB. Dato’ Menteri Besar Selangor yang dibuat sebanyak empat (4) kali setahun. Selain itu, pemantauan juga dibuat melalui Jawatankuasa Kerja Tindakan Negeri (JKTNg) yang dipengerusikan oleh YB. Setiausaha Kerajaan Negeri yang bermesyuarat sebanyak tiga (3) kali setahun dan juga Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Perancangan Projek Pembangunan Negeri (JKTPN) yang dipengerusikan oleh YBhg. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) yang bermesyuarat sebanyak enam (6) kali setahun.

    Kerajaan Negeri telah menetapkan sasaran pencapaian perbelanjaan pembangunan bagi tahun 2017 adalah sebanyak 95% sejajar dengan perkembangan status kemajuan fizikal projek yang telah dirancang yang mana 80% projek fizikal perlu disiapkan iaitu sebanyak 278 buah projek dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesebelas Negeri Selangor (RMKe-11) iaitu mulai tahun 2016 dan berakhir pada tahun 2020.

    Selain daripada tiga (3) jawatan kuasa tersebut, mesyuarat penyelarasan dan pemantauan projek bermasalah juga turut diadakan bagi mendapatkan jalan penyelesaian segera. Pemantauan secara bulanan melalui Laporan Prestasi Perbelanjaan Pembangunan perlu dikemukakan oleh semua jabatan dan diselaraskan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor.

    Langkah proaktif juga telah diambil melalui pemantauan laporan prestasi perbelanjaan secara mingguan yang telah berkuat kuasa pada 7 Julai 2017 bagi mencapai KPI yang telah ditetapkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.