Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
74) SUKAN PERAHU LAYAR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan jangka panjang kerajaan untuk membantu pembangunan sukan layar di Selangor
Perancangan jangka panjang Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Selangor untuk membantu dalam membangunkan sukan layar di Selangor adalah dengan memperbanyakkan program – program di peringkat daerah yang berpotensi dan mempunyai kemudahan melalui konsep 2i (incorporate & intergrate) iaitu dengan bekerjasama dengan organisasi lain sama ada dari agensi kerajaan mahupun swasta dan mengintegrasikan program – program ini supaya ianya mencapai satu objektif yang sama iaitu merancakkan pembangunan sukan perahu layar di semua daerah di negeri Selangor.
Kerajaan Negeri Selangor melalui Mjalis Sukan Negeri Selangor juga mempunyai kelebihan kerana Persatuan Sukan Layar merupakan persatuan yang komited dan sentiasa memastikan pembangunan sukan layar berjalan dengan baik di semua peringkat pembangunan.
-
Adakah kerajaan bersedia untuk menubuhkan dan membina Akademi Sukan Layar Selangor?
Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Selangor tiada halangan dan bersedia untuk membantu pihak persatuan sekiranya pihak persatuan bersedia untuk menubuhkan dan membina Akademi Sukan Layar Selangor. Walaubagaimanapun, pelbagai aspek perlu diteliti antaranya dari aspek kejurulatihan, kemudahan asas, kemampuan persatuan dan kewangan yang perlu dipertimbangkan sebelum akademi ini boleh diujudkan.