Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
60) RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah terkini rumah ibadat selain Islam yang berdaftar dan tidak berdaftar mengikut agama.
Pada masa ini, terdapat sebanyak 795 buah rumah ibadat selain Islam (RIBI) termasuk tokong, kuil, gereja dan Gudwara yang berdaftar dengan pihak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Sementara itu, sebanyak 1,043 buah rumah ibadat selain Islam yang berstatus tidak berdaftar. Berikut adalah ringkasan rumah ibadat selain Islam mengikut kawasan PBT yang berdaftar dan tidak berdaftar di negeri Selangor seperti di jadual berikut :
Ringkasan Rumah Ibadat Selain Islam
BIL PBT RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM BERDAFTAR JUMLAH RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM TIDAK BERDAFTAR JUMLAH TOKONG KUIL GEREJA TOKONG KUIL GEREJ A
1. MBSA 9 21 5 35 13 39 6 58 2. MBPJ 9 9 15 33 36 43 21 100 3. MPSJ 9 22 5 36 58 48 25 131 4. MPKJ 68 64 10 142 0 0 0 0 5. MPS 8 13 4 25 7 12 0 19 6. MPK 297 167 13 477 0 0 0 0 7. MPAJ 3 4 2 9 433 37 27 497 8. MPSP 6 1 1 8 2 17 0 19 9. MDKS 2 1 2 5 24 40 5 69 10. MDSB 0 0 0 0 47 5 1 53 11. MDKL 1 1 2 4 31 57 9 97 12. MDHS 10 9 2 21 0 0 0 0 JUMLAH 421 311 59 795 651 298 94 1,043 -
Apakah Kerajaan Negeri meletakkan sebarang syarat untuk pembinaan rumah ibadat selain Islam?
Cadangan pembinaan rumah ibadat selain Islam perlulah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan melalui peraturan-peraturan sedia ada yang berkuatkuasa. Bagi tujuan permohonan pembangunan sesebuah projek oleh pemaju, Kerajaan Negeri menggunapakai Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor yang telah diluluskan pemakaiannya oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan memastikan semua pemaju mematuhi Manual Garis Panduan tersebut bagi semua permohonan pembangunan projek yang dikemukakan untuk pertimbangan.
-
Apakah prosedur pemberian bantuan kepada rumah ibadat tersebut terutama yang tidak berdaftar?
Sama seperti di SUB(a)