Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

59) MISI PELABURAN ASING

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah negara asing yang dilawati sejak 2013 dalam misi menarik pelaburan asing ke Selangor?

    Bagi tempoh 2013 hingga kini, sebanyak 18 negara asing telah dilawati dalam misi menarik pelaburan asing ke Selangor.

  2. Berapakah jumlah pencapaian pelaburan asing mengikut pecahan tahun sejak 2013?

    Berdasarkan statistik projek perkilangan yang diluluskan di Negeri Selangor sebanyak RM 13,963,654,390 (RM 13.963 bilion), iaitu 42.68% daripada keseluruhan nilai modal pelaburan adalah daripada pelaburan modal asing. Pecahan nilai pelaburan asing mengikut tahun seperti berikut;-

    Tahun Projek Peluang Pelaburan Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal Pelaburan (RM)
    2013 228 23,519 6,207,711,908 3,625,294,944 9,833,006,852
    2014 229 15,118 3,836,871,787 3,205,388,198 7,042,259,985
    2015 222 14,139 4,182,475,179 3,781,323,681 7,963,798,860
    2016 242 16,427 4,529,119,807 3,351,647,567 7,880,767,374
               
    Jumlah 921 69,203 18,756,178,681 13,963,654,390 32,719,833,071

    Sumber : Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia

    Nota : Statistik pelaburan hanya dari tahun 2013 hingga 2016 sahaja kerana sehingga kini Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia masih belum mengumumkan statistik pelaburan yang terkini bagi tahun  2017

  3. Adakah kerajaan berpuas hati dengan kemasukan FDI dan apakah langkah diambil untuk meningkatkannya?

    Berdasarkan pencapaian prestasi pelaburan sehingga kini, Kerajaan Negeri masih meneruskan usaha untuk menarik pelaburan asing ke Negeri Selangor sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi negeri.

    Dalam usaha untuk menjadikan Selangor lebih kompetitif untuk menarik pelaburan domestik dan luar negara, Kerajaan Negeri mensasarkan untuk menarik pelaburan dalam industri berteknologi tinggi. Kerajaan Negeri memberi tumpuan kepada 5 sektor industri utama iaitu;-

    1. Elektrik & Elektronik (Electrical & Electronics). ii. Peralatan Pengangkutan (Transport Equipments). iii.   Sains Hayat (Life Sciences). iv.        Makanan (Food Industries)
    2. Mesin & Peralatan (Machinery & Equipments)

    Daripada beberapa sektor industri utama tersebut, beberapa bidang industri tumpuan telah dikenalpasti berpotensi untuk berkembang di negeri Selangor seperti;-

    • E – Commerce
    • Bio – Teknologi
    • Aero – Angkasa
    • Industri Halal

    Bagi mempromosikan peluang-peluang pelaburan dan menarik pelaburan masuk ke Negeri Selangor, Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor telah merangkan beberapa strategi seperti berikut;-

    Strategi jangka masa panjang;-

    1. Menyediakan pelan perancangan strategik sektor perindustrian.
    2. Merangka dan memacu hala tuju pembangunan perindustrian melalui

    Majlis Mesyuarat yang ditubuhkan seperti;-

    1. Selangor Information Technology and E-Commerce Council (SITEC)
    2. Halal International Selangor Council
    3. Selangor Aerospace Council
    4. Bio Tech – Council
    • Meningkatkan usaha promosi di luar Negara seperti program lawatan pengalakkan pelaburan. Setiap tahun, Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor akan merangka program lawatan ke luar Negara sekurangkurangnya empat (4) kali setahun ke Negara yang berpotensi.
    1. Mempromosikan peluang-peluang pelaburan melalui media cetak dan elektronik
    2. Mewujudkan jaringan hubungan atau networking dengan agensi-agensi yang berkaitan (agensi kerajaan, kedutaan, Dewan-Dewan Perniagaan dalam dan luar Negara).
    3. Mewujudkan rakan hubungan strategik dengan agensi-agensi yang berkaitan.
    4. Pengkelasan kawasan perindustrian mengikut standard kawasan perindustrian luar Negara bagi menyediakan kawasan perindustrian yang kondusif mengikut keperluan industri.
    5. Mewujudkan kawasan perindustrian yang kondusif dan berkonsepkan Managed Industrial Parks.
    6. Menggalakkan pembukaan kawasan-kawasan perindustrian baru dengan penglibatan anak syarikat Kerajaan Negeri dan pemaju swasta yang berkonsepkan Managed Industrial Park dengan konsep Gated and Guarded.
    7. Penganjuran Ekspo dan Forum bertaraf antarabangsa.

     

    Strategi jangka masa pendek;-

    1. Penjenamaan dan mempromosikan kawasan-kawasan perindustrian yang berpotensi melalui media cetak atau elektronik.
    2. Pengemaskinian dan penyediaan buku panduan pelaburan yang komprehensif dan mudah untuk dijadikan bahan rujukan para pelabur.
    3. Membantu pihak industri menyelesaikan isu – isu pelaburan yang berbangkit melalui Mesyuarat Penyelarasan Projek yang diadakan setiap bulan dan dipengerusikan oleh YB EXCO.
    4. Memperkasakan peranan Unit Pelaburan PBT bagi membantu para pelabur dalam proses kelulusan pembangunan.
    5. Menyediakan peruntukkan khusus bagi penyelenggaran kawasan perindustrian di setiap PBT.
    6. Mengadakan Mesyuarat Industrial Park Management Committee (IPMC) bagi membantu menyelesaikan isu-isu kawasan perindustrian yang dihadapi oleh pelabur di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.