Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
56) MATLAMAT JANGKA PANJANG PROGRAM HIJRAH
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah ukuran keberkesanan program ini?
Hijrah Selangor dengan kerjasama UNISEL / IDE telah merangka satu kajian impak yang akan dilaksanakan pada tahun 2017. Kertas cadangan penyelidikan kepada Kerajaan Negeri telah disediakan.
Walau bagaimanapun, pihak IDE telah melaksanakan satu kajian secara rawak ke atas peminjam Hijrah Selangor Cawangan Sungai Besar pada 14 hingga 15 Mei 2016. Hasil kajian mendapati sebanyak 80.4% mengakui peminjam Hijrah Selangor mampu menghapuskan hutang petani dan nelayan dari pinjaman kepada peraih (orang tengah).
Seramai 8283 orang dengan nilai pinjaman RM 96.3 Juta telah selesai membayar balik dengan baik bagi pusingan pertama. Daripada jumlah ini, seramai 6975 orang (84.2%) telah membuat pinjaman ulangan bernilai besar dan baki 1307 orang (15.8%) tidak keluar dari ahli Hijrah tetapi tidak meminjam (tunggu jika perlu).
Sekiranya peminjam-peminjam ini tidak mendapat pulangan yang baik hasil dari pinjaman Hijrah berkemungkinan mereka akan gagal untuk meneruskan pinjaman ulangan dengan bernilai besar.
-
Berapakah peratusan peningkatan pendapatan peserta program ini?
Sama seperti di SUB(a)
-
Apakah strategi HIJRAH bagi melahirkan peserta yang tidak lagi bergantung kepada bantuan yang diberikan?
Memandangkan Hijrah Selangor baru beroperasi dalam tempoh 2 tahun, kebanyakan strategi yang dirancang, sedang dirancang dan dilaksanakan adalah berfokus kepada pemberian pinjaman dan latihan kemahiran untuk meningkatkan pendapatan peserta. Hijrah Selangor tidak akan berhenti memberikan bantuan kepada usahawan sehinggalah mereka sendiri tidak lagi memerlukan bantuan tersebut. Pinjaman yang diberikan oleh Hijrah Selangor berteraskan modal pinjaman. Selagi peserta memerlukan modal, pinjaman berterusan akan diberikan bagi memenuhi visi Kerajaan Negeri Selangor untuk melebar luaskan golongan menengah di Negeri Selangor.